Utusan Borneo (Sarawak)

KPM capai sasaran 90 peratus guru tempatan di Sarawak

Sasaran dicapai apabila 34,292 jawatan guru diisi guru Sarawak

-

Pihak kementeria­n telah mencapai sasaran Dasar 90:10 lebih awal. Kami komited untuk melaksanak­an dasar pengisian jawatan guru oleh anak Sarawak ini.

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan memaklumka­n pihaknya telah mencapai sasaran Dasar 90:10 bagi merealisas­ikan 90 peratus guru di Sarawak adalah dalam kalangan anak tempatan, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata sasaran itu dicapai apabila 34,292 jawatan guru di negeri berkenaan sudah diisi guru berasal dari negeri berkenaan.

“Data pada 5 Sept 2019 menunjukka­n keperluan guru di Sarawak adalah 38,289 orang. Daripada jumlah itu, 34,292 kekosongan (90 peratus) telah diisi anak kelahiran Sarawak.

“Pihak kementeria­n telah mencapai sasaran Dasar 90:10 lebih awal.

Kami komited untuk melaksanak­an dasar pengisian jawatan guru oleh anak Sarawak ini,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Jelas Maszlee, permohonan pertukaran guru ke Sarawak bagi sesi Januari 2020 yang kini dalam pertimbang­an kementeria­n adalah melibatkan 55 permohonan bagi sekolah menengah dan 333 permohonan untuk sekolah rendah.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Nancy Shukri (GPS-Batang Sadong) yang ingin tahu status terkini Dasar 90:10 dan jumlah permohonan guru untuk kembali ke Sarawak.

Mengenai pertukaran guru

Dr Maszlee Malik

Menteri Pendidikan

kelahiran Kelantan yang kini mengajar di Sarawak, Maszlee berkata kesemua permohonan pertukaran adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

“Kementeria­n memberikan keutamaan kepada permohonan dengan alasan untuk mengikut pasangan selain kementeria­n juga mempertimb­angkan kelulusan bagi kes seperti sakit kronik dan juga kes ancaman keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata antara syarat pertukaran lain yang diambil kira adalah tempoh perkhidmat­an guru di Sarawak yang telah ditetapkan iaitu lima tahun bagi kawasan bandar manakala masing-masing tiga tahun bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.

Maszlee berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) yang ingin tahu jumlah guru kelahiran Kelantan yang mengajar di Sarawak. — Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, GobindSing­hDeotelahm­emuji Bernama terhadap perubahan yang diperkenal­kan pada perkhidmat­an Bernama TV dan Bernama Radio.

“Bagus! Teknologi telah memberi impak besar dan akan terus mengubah dunia media. Kita mesti bersaing dengan masa dan bangkit dengan cabaran, “katanya di Twitter.

“Teruskan usaha yang baik dengan dengan pembaharua­n dan idea baharu,” kata menteri itu.

Gobind membalas ciapan oleh perunding Bernama untuk siaran, Suhaimi Sulaiman yang dalam ciapannya menyebut bahawa Bernama TV telah memperkena­lkan12prog­rambaharu sejak 15 Oktober 2019.

“Kami mempunyai wajah dan cita rasa yang baharu. Seterusnya, 12 lagi program baharu menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Suhaimi berkata Bernama Radio sedang mengorak langkah untuk menjadi apa yang beliau gambarkan sebagai ‘Stesen Berita Bisnes Anda’ yang terbaik dengan tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bernama TV, yang menyiarkan liputan berita 24 jam bersiaran menerusi Astro 502, Unifi TV (631), MYTV (121) dan Iflix. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia