Utusan Borneo (Sarawak)

Video pendidikan seks bagi kanak-kanak di YouTube capai 2.79 juta tontonan

-

KUALA LUMPUR: Video pendidikan seks bagi kanakkanak melalui YouTube yang dilancarka­n pada Jun lepas, kini mencapai 2.79 juta tontonan, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata statistik bermula dari tarikh pelancaran sehingga 4 Okt itu menunjukka­n suatu trend yang amat signifikan buat kementeria­n dalam usaha mengurangk­an jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.

“Dari segi kadar tontonan bermaksud, kalau video ini berjumlah satu minit, untuk yang habiskan keseluruha­n (video) kadar tontonan adalah 43 peratus dan ini lebih tinggi daripada kadar purata tontonan industri iaitu 20 peratus sahaja.

“Jadi orang lain bila dia buat kadar purata tontonan industri adalah 20 peratus tapi video kita, kita lihat 43 peratus jadi ia adalah trend yang sangat baik dan mempunyai 67,000 klik share dan likes,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Pada 24 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarka­n lima video pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui platform YouTube yang pertama kali dilaksanak­an di Malaysia.

Video tempoh satu minit bagi setiap siri itu merupakan usaha kementeria­n dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysians Against Pornograph­y, selain Google selaku pengendali

YouTube itu menyasarka­n 150,000 tontonan dalam kalangan kanak-kanak tahun ini dan berkemungk­inan dihasilkan dalam bahasa lain, selain bahasa Melayu ketika ini.

Terdahulu ketika sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, Yeoh memaklumka­n bahawa pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) bagi menambah bilangan pelindung kanak-kanak di negara ini.

Beliau berkata setakat ini Malaysia hanya mempunyai lebih 200 pelindung kanakkanak, dan jumlah itu tidak mampu melindungi kira-kira 9.4 juta kanak-kanak di seluruh negara.

“Berdasarka­n populasi kanak-kanak kita sekarang, kita perlukan 1,500 pelindung kanak-kanak, jadi kita sedang bincang dengan JPA untuk dapatkan lebih ramai tenaga kerja dalam aspek ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu sama ada kerajaan menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan bagi melindungi kanak-kanak. — Bernama

 ??  ?? HANNAH YEOH
HANNAH YEOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia