Utusan Borneo (Sarawak)

SAR dua tentera hilang di Pulau Perak disambung jika ada petunjuk baharu

-

KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) dua anggota angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang di Pulau Perak, Kedah pada 20 Julai lalu akan diaktifkan semula sekiranya ada petunjuk baharu, kata Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong.

Liew berkata aset ATM sentiasa melakukan pemantauan di kawasan sekitar Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers dipercayai hilang.

“Operasi SAR melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dihentikan berikutan tiada petunjuk baharu. Operasi SAR akan disambung semula jika terdapat petunjuk baharu.

“Bagaimanap­un, aset ATM sentiasa melaksanak­an pemantauan di kawasan tersebut bagi mendapatka­n petunjuk baharu,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPSSerian) yang bertanya mengenai status terkini kehilangan dua anggota ATM itu.

Mengulas mengenai bantuan terhadap keluarga mangsa, Liew berkata gaji dan kemudahan akan diberikan berlandask­an Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum mencapai tempoh ‘’dianggap mati” iaitu tujuh tahun.

“Apa yang patut diberikan kepada keluarga sebelum tempoh itu akan diberikan mengikut SOP. Pada 23 Okt 2019, lembaga siasatan Tentera Darat Malaysia muktamadka­n bahawa kedua-dua anggota ATM itu hilang. Jika selepas tujuh tahun tidak ditemui, keluarga boleh memohon ‘dianggap mati’.

“Untuk yang ada keluarga (seperti) Koperal David, gaji beliau akan disalurkan ke akaun balu beliau. Namun bagi Lans Koperal Moses, dia belum berkahwin dan tiada ibu bapa maka gaji dia dihentikan,” katanya.

Dua anggota ATM tersebut adalah dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) berpangkal­an di Kem Bukit Cowder, Perlis dilaporkan hilang ketika sedang melaksanak­an Ops Pejarak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN DELEGASI: Wan Azizah (tengah) ketika bergambar kenangan bersama para deligasi selepas merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN DELEGASI: Wan Azizah (tengah) ketika bergambar kenangan bersama para deligasi selepas merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia