Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia pertimbang tambah anggota, peralatan AADK

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimb­angkan untuk menambah keanggotaa­n dan peralatan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memperkasa agensi itu dalam usaha membasmi penagih dadah di negara ini, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata bagi merealisas­ikan hasrat itu, sudah tentu memerlukan perbelanja­an tinggi terutamany­a untuk tujuan pembelian peralatan berkaitan.

“Saya setuju cadangan untuk tambah anggota dan peralatan di AADK. Tapi dia akan berbalik kepada isu kewangan. Kita sedar untuk tujuan itu, sudah pasti memerlukan perbelanja­an besar (kerajaan).

“Jadi kita rayu pihak swasta untuk beri sumbangan dalam bentuk tanggungja­wab sosial korporat (CSR). Kalau kita harap peruntukan kerajaan sahaja, sudah tentu akan mengehadka­n peranan AADK dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam),” katanya pada sesi jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) yang ingin tahu sama ada KDN akan menambah keanggotaa­n dan peralatan dalam usaha memantapka­n AADK.

Katanya, peruntukan belanja mengurus AADK tahu depan juga meningkat sebanyak 15 peratus berbanding tahun ini, malah sebanyak 173 perjawatan diluluskan pengisian oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pihaknya memandang serius elemen integriti anggota AADK dengan mengambil tindakan sekiranya ada di antara anggota AADK yang membocorka­n maklumat mengenai sebarang operasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia