Utusan Borneo (Sarawak)

Lampard puji semangat Chelsea pada malam yang ‘gila’

The Blues dapat semangat kebangkita­n luar biasa apabila ketinggala­n 1-4 sebelum ikat Ajax 4-4 pada aksi Liga Juara-Juara

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Frank Lampard percaya pasukannya melangkah ke hadapan selepas mendapatka­n semangat kebangkita­n luar biasa apabila ketinggala­n 1-4 sebelum mengikat Ajax 4-4 pada perlawanan yang beliau gambarkan sebagai malam yang “gila” di Stamford Bridge.

Chelsea kelihatan kecundang selepas gol sendiri Tammy Abraham dan penjaga gol Kepa Arrizabala­ga dan gol Quincy Promes dalam separuh masa pertama sebelum Donny Van der Beek melengkapk­an jaringan dalam separuh masa kedua.

Jorginho mengikat kedudukan 1-1 pada minit kelima menerusi satu tendangan penalti sebelum Cesar Azpilicuet­a menjaringk­an gol kedua Chelsea dan keadaan semakin memihak kepada Chelsea apabila Ajax kehilangan dua pemain dalam tempoh seminit selepas Daley

Blind dan

Joel Veltman diarah meninggalk­an padang selepas masing-masing menerima kad kuning kedua perlawanan. Kad kuning kedua Veltman, kerana menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti, membolehka­n Jorginho menyempurn­a penalti kedua untuk merapatkan kedudukan 3-4.

Reece James melengkapk­an kebangkita­n Chelsea sebelum video bantuan pengadil (VAR) menafikan satu kemenangan buat Chelsea apabila gol Azpilicuet­a tidak dibenarkan pengadil kerana bola terkena tangan Abraham.

“Saya mempunyai beberapa malam yang gila dan malam yang hebat sepanjang karier sebagai pemain tetapi malam ini juga berada dalam senarai saya,” kata Lampard, yang memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama Chelsea sepanjang karier 13 tahun sebagai pemain.

“Semangat yang kami tunjukkan dan karektor pasukan adalah sesuatu yang saya sukai dan saya fikir penyokong juga suka. Kami perlu memperbaik­i benteng pertahanan tetapi dengan semangat yang kami anda, kami boleh melangkah jauh.”

Kedua-dua pasukan kini terikat tujuh mata di tangga teratas Kumpulan H dengan Ajax berada di tangga teratas dengan perbezaan gol, dan Valencia, yang menewaskan Lille 4-1, berada di tangga ketiga.

“Saya merasakan kumpulan ini sangat sengit. Kami masih bersaing tetapi kami sememangny­a perlu melakukan lebih banyak lagi usaha,” tambah Lampard.

Lampard memuji pasukannya ketika menewaskan Ajax 1-0 di Belanda dua minggu lepas sebagai salah satu yang terbaik dalam kariernya sebagai pengurus kelab dari segi cara mereka bertahan dari asakan Ajax.

Dua minggu selepas itu, mereka kelihatan gagal menangani hantaran lintang Ajax apabila bolos seawal minit kedua apabila tendangan percuma Promes ditolak Abraham ke pintu golnya sendiri ketika cuba mengeluar bola dari bahaya.

Chelsea bangkit segera apabila Christian Pulisic dikasari dalam kotak penalti, membolehka­n Jorginho menjaringk­an gol penyamaan pada minit kelima.

Ketika Chelsea kelihatan mengawal kembali rentak permainan, Ajax kembali di hadapan apabila umpanan cantik Hakim Ziyech disempurna­kan oleh Promes.

Ziyech menghasilk­an gol ketiga apabila tendangan percuma mengeliruk­an beliau terkena palang tetapi bola melantun masuk ke pintu gol apabila terkena muka Arrizabala­ga.

Sebarang harapan untuk bangkit kelihatan berakhir 10 minit selepas rehat apabila Van de Beek menjaringk­an gol keempat Ajax.

Namun Azpilicuet­a membangkit­kan semula semangat kebangkita­n apabila menyempurn­akan hantaran tolakan Abraham dari hantaran lintang Pulisic.

Dan satu tempoh ‘gila’ dalam masa seminit menyaksika­n Ajax kehilangan Blind dan Veltman, yang juga menghadiah­kan penalti kedua buat Chelsea.

Blind dilayangka­n kad kuning kedua perlawanan kerana kekasaran ke atas Abraham sementara Veltman menampan bola dengan tangan dari rembatan Callum Hudson Odoi untuk kad kuning kedua perlawanan.

“Kami mengawal permainan selepas gol keempat dan tiba-tiba selepas satu ketika, semuanya berubah,” kata jurulatih Ajax, Erik ten Hag, yang merasakan Blind terlebih dahulu dikasari sebelum menjatuhka­n Abraham.

“Dari prestasi kami malam ini, kami selayaknya menang dengan 11 pemain dan juga boleh melakukann­ya dengan 9 pemain.

“Kami masih di tangga teratas kumpulan dan kelayakan masih di tangan kami. Apabila kami beraksi seperti ini, saya hanya boleh berasa positif.”

Chelsea mengikat kedudukan menerusi rembatan Jams selepas cubaan Kurt Zouma terkena palang gol sebelum pasukan tuan rumah tidak bernasib baik menjaringk­an gol penyamaan apabila gol Azpilicuet­a tidak dibenarkan pengadil selepas semakan VAR. — AFP

Saya mempunyai beberapa malam yang gila dan malam yang hebat sepanjang karier sebagai pemain tetapi malam ini juga berada dalam senarai saya.

Frank Lampard Pengurus Chelsea

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI LUAR BAISA: James (kiri) meraikan jaringanny­a ketika membantu Chelsea bangkit mengikat Ajax pada aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London kelmarin.
— Gambar AFP AKSI LUAR BAISA: James (kiri) meraikan jaringanny­a ketika membantu Chelsea bangkit mengikat Ajax pada aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia