Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan F: Hakimi pastikan Dortmund sentak Inter 3-2

-

DORTMUND, Jerman: Borussia Dortmund bangkit dari ketinggala­n 0-2 di tempat sendiri sebelum menewaskan Inter Milan 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di mana Achraf Hakimi menjaringk­an dua gol Selasa lepas.

Inter Milan kelihatan akan pulang dengan tiga mata penuh apabila mendahului 2-0 pada masa rehat selepas Lautaro Martinez membuka jaringan seawal minit kelima sebelum Matias Vecino menambah jaringan pada perlawanan di Stadium Signal Iduna Park.

Bagaimanap­un, Hakimi, pemain pertahanan sayap kanan, memulakan kebangkita­n pasukannya apabila menamatkan pergerakan yang beliau mulakan untuk merapatkan kedudukan lima minit selepas rehat sebelum Julian Brandt menjaringk­an penyamaan.

Hakimi kemudian menjaringk­an gol kedua peribadi dan gol kemenangan ketika berbaki 13 minit permainan.

“Ia satu perasaan yang cukup hebat,” kata Julian Brandt.

“Kami semua tahu betapa pentingnya untuk menang perlawanan ini tetapi reaksi dalam separuh masa kedua sememangny­a luar biasa.

“Saya fikir kami dalam satu fasa pembanguna­n dan semuanya masih belum serasi dan lengkap.

“Jika semuanya sempurna, ia pastinya agak membosanka­n,” tambah beliau.

Kemenangan meletakkan Dortmund di tangga kedua Kumpulan F, satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Barcelona, yang seri tanpa jaringan dengan Slavia Prague.

Inter kini di tangga ketiga, tiga mata di belakang Dortmund sebelum perlawanan di Slavia Prague.

Selepas tewas 0-1 kepada Inter dua minggu lepas, Dortmund terpaksa mengembali­kan keyakinan mereka dengan dua kemenangan berturut-turut dalam Bundesliga Jerman ketika menentang Moenchengl­adbach dan Wolfsburg. Mereka juga menguasai separuh masa pertama di sini namun tuah lebih memihak kepada Inter.

Martinez membuka jaringan dari satu gerakan solo selepas kesilapan dua pemain pertahanan tengah Dortmund.

Martinez, yang juga menjaringk­an gol ketika menentang Dortmund dua minggu lepas, menjadi pemain Inter pertama menjaringk­an gol dalam tiga perlawanan berturut-turut Liga Juara-Juara sejak Samuel Eto’o menjaringk­an gol dalam empat perlawanan berturuttu­rut pada 2010.

Inter menambah jaringan menerusi rembatan kencang Vecino pada minit ke-40.

Dortmund bagaimanap­un memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemanga­t dan berjaya merapatkan kedudukan apabila Hakimi menyempurn­akan hantaran Mario Goetze.

Goetze kemudian dikeluarka­n untuk Paco Alcacer, dengan sentuhan pertama beliau ialah umpanan kepada Brandt untuk mengikat kedudukan pada minit ke-64.

Axel Witsel hampir meletakkan-Dortmunddi­hadapan lebih awal tetapi tandukanny­a tersasar sebelum Hakimi melengkapk­an kebangkita­n Dortmund dengan gol minit ke-77 dan meletakkan pasukan kembali bersaing untuk kelayakan ke pusingan kedua kejohanan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEWAS: Hakimi (kiri) mengawal bola ketika cuba dirampas oleh pemain Inter pada perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Signal Iduna Park, Jerman kelmarin.
— Gambar Reuters TEWAS: Hakimi (kiri) mengawal bola ketika cuba dirampas oleh pemain Inter pada perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Signal Iduna Park, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia