Utusan Borneo (Sarawak)

Medan murid mempamerka­n kemampuan

Seramai 350 pelajar menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SKPM Kali Ke-98

-

MENUMBOK:Seramai350 wargaSekol­ahKebangsa­an PekanMenum­bok(SKPM) menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SKPM Kali Ke-98 yang sedang berlangsun­g di Padang Pekan Menumbok pada 5 hingga 7 November ini.

Majlis perasmian kejohanan olahraga tiga hari itu disempurna­kan oleh Naib Ketua Bahagian Warisan P177 Beaufort, Ag Besar Abd Rashid.

Turut hadir, Guru Besar Cemerlang SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip, Penolong Kanan Pentadbira­n, Muhammad Azeem Charles Abdullah, PenolongKa­nanKokurik­ulum, Mohd Pajiri Adanih dan Penolong Kanan HEM, Siti Rominah Jurin.

Menurut Guru Besar Cemerlang, Nordin Mohd Taip, Kejohanan Olahraga Tahunan adalah salah satu cara untuk membina kemenjadia­n murid.

Katanya, dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal dan emosi akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggun­gjawab, berdisipli­ndanmembin­ajati diri ke arah kepimpinan.

Tambah Nordin, dalam kejohanan ada kesinambun­gan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah, negara dan bangsa.

“Ini dapat dibuktikan apabila SK Pekan Menumbok telah melahirkan tiga orang murid sekolah itu telah mewakili sukan bola sepak di peringkat antarabang­sa di Kota Kinabalu baru-baru ini,”katanya.

Beliau berkata, selain dapatmenja­minkecerga­san, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratka­n tali silaturahi­m dan muhibah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan yang sebeginila­h yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa.

“Ini membuktika­n bahawa ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita,”kata Nordin.

Tahniah diucapkan kerana ramai atlet telah menjadi contoh kerana telah berjaya mewakili sekolah dalam arena bola sepak di persada antarabang­sa dan peringkat negeri. Diharapkan ramai lagi atlet akan menjadi ikutan selepas ini.

Sementara itu, Ag Besar turut merakamkan ucapan penghargaa­n kepada jawatakuas­a tertinggi sukan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pekan Menumbok yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kecemerlan­gan sekolah yang berkualiti dan kemenjadia­n murid.

 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Pemenang acara Pendidikan Khas bergambar kenangan bersama tetamu selepas menerima pingat dan sijil. Turut kelihatan dari kiri, Nicklon, Siti Rominah, Mohd Pajiri, Ag Besar, Nordin, Noorshariz­am dan Fatin.
ALBUM KENANGAN: Pemenang acara Pendidikan Khas bergambar kenangan bersama tetamu selepas menerima pingat dan sijil. Turut kelihatan dari kiri, Nicklon, Siti Rominah, Mohd Pajiri, Ag Besar, Nordin, Noorshariz­am dan Fatin.
 ??  ?? PERSAHABAT­AN: Haryadi (duduk kanan) bersama pemain Kelab Badminton BAD dan Kelab Jabatan Bandaran Brunei pada perlawanan persahabat­an di Dewan Dato’ Sri Badminton Court (DSBC), Kampung Sungai Keling.
PERSAHABAT­AN: Haryadi (duduk kanan) bersama pemain Kelab Badminton BAD dan Kelab Jabatan Bandaran Brunei pada perlawanan persahabat­an di Dewan Dato’ Sri Badminton Court (DSBC), Kampung Sungai Keling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia