Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Oxlade-Chamberlai­n berikan kemenangan buat Liverpool

-

LIVERPOOL, England: Juara bertahan, Liverpool, menghampir­i kelayakan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara selepas kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Belgium, Genk, di Anfield Selasa lepas.

Liverpool, yang menurunkan skuad ‘kedua’ menjelang pertemuan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan Manchester City Ahad ini, menduduki tangga teratas Kumpulan E dengan sembilan mata, diikuti Napoli dengan lapan mata dan Salzburg empat mata selepas seri 1-1 di Itali.

Liverpool membuka jaringan awal menerusi gol Georginio Wijnaldum tetapi Ally Mbawana Samata mengikat kedudukan pada minit ke-41 sebelum Alex Oxlade-Chamberlai­n menjaringk­an gol kemenangan lapan minit selepas rehat.

“Semua perlawanan dalam Liga Juara-Juara adalah sukar. Ia sesuatu yang bosan untuk diperkatak­an tetapi itulah hakikatnya. Kami perlu menamatkan tugas kami. Kami berada pada satu kedudukan yang baik,” kata pemain pertahanan Liverpool, James Milner.

Napoli akan berkunjung ke Liverpool pada 27 November dengan Liverpool berharap untuk mengesahka­n kelayakan ke pusingan kedua sebelum perlawanan terakhir kumpulan menentang Salzburg pada 10 Disember.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meletakkan penyerang

Roberto Firmino dan Sadio Mane di bangku simpanan untuk memberikan penampilan kesebelasa­n utama kepada penyerang antarabang­sa Belgium, Divock Origi menentang kelab di mana beliau memulakan karier ketika remaja.

Liverpool membuka jaringan pada minit ke-14 dari satu rembatan jarak dekat Wijnaldum selepas umpanan Milner,

Liverpool mempunyai beberapa peluang menambah jaringan tetapi penyudah mereka hambar dengan Mohamed Salah kelihatan tidak beraksi di tahap terbaik beliau.

Walaupun mengawal permainan, Liverpool tiba-tiba bolos empat minit sebelum rehat apabila Samatta menyempurn­akan satu tendangan sudut Bryan Heynen untuk mengikat kedudukan.

Selepas rehat, Liverpool mengekalka­n rentak yang sama tetapi Origi dan Virgil van Dijk mensia-siakan peluang yang ada.

Oxlade-Chamberlai­n, yang bermain di posisi di belakang dua penyerang utama, meletakkan Liverpool kembali di hadapan pada minit ke-53 selepas umpanan cantik dari Salah.

Gol itu menambah keyakinan Liverpool selepas itu tetapi penjaga golnya, Alisson Becker, terpaksa bertindak tangkas menepis satu cubaan Heynen sembilan minit sebelum tamat permainan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia