Utusan Borneo (Sarawak)

Berkunjung ke Keraton Kasepuhan, melihat kegemilang­an lampau

-

KETIKA tiba di Keraton Cirebon, hari sudah petang dan sebentar lagi, waktu melawat hampir habis. Tetapi Pak Sato, staf Keraton Kasepuhan tetap menunggu dan mempersila­kan kami masuk.

Cai bererti air, rebon maknanya udang. Itulah sebabnya kota ini dikenali sebagai Cirebon, kerana di sini terkenal sebagai pengeluar hasil laut seperti belacan, garam dan sebagainya.

Pak Sato memberitah­u bahawa penduduk Cirebon, majoritiny­a adalah suku Sunda. Ala bahasa Sunda, Caruban bererti campuran multietnik budaya dan agama, yang menghidupi keluarga dengan pelbagai mata pencarian.

Menurut sejarah, kata Pak Sato, pada 1445, Kigedeng Tapa membina Caruban, yang menjadi embrio Kota Cirebon.Pangeran Cakrabuana iaitu Putra Pertama Sri Baduga Maharaja

Prabu Siliwangi sekaligus cucu kepada Kigedeng Tapa inilah yang dikatakan mendirikan Istana Pakungwati yang kini dikenali Keraton Kasepuhan berasaskan Islam dan disebut pengasas kesultanan Cirebon. Ia juga dikenali sebagai Mas Zainul Arifin

Pada tahun 1552, Kesultanan Cirebon dipimpin oleh Syarif Hidayatull­ah atau lebih dikenali sebagai Sunan Gunung Jati. Beliau memerintah hingga 1568.

Kemudian beliau digantikan oleh Fatahillla­h yang menggantik­an Sunan Gunung Jati. Beliau memerintah selama dua tahun sehingga 1570 apabila digantikan Pangeran Emas atau Panembahan Ratu I.

Pak Sato turut menceritak­an bagaimana Kesultanan Cirebon pecah tiga menjadi tiga kutub kekuatan pada 1677. Ia berpecah kepada Sultan Keraton Kasepuhan (1677-1703), Sultan Kanoman (1677-1723) Pangeran Wangsakert­a (16771713). Pada 1807, Pangeran Raja Kanoman yang disokong Belanda kemudian mendirikan kesultanan kacirebona­n, iaitu pecahan dari Kesultanan Kanoman. Kemudian Belanda menghapusk­an Kesultanan Cirebon dengan mendirikan

Kota Cirebon.

Keraton Kasepuhan, adalah yang keraton yang masih terjaga di Cirebon. Kami dibawa melihat halaman dan duduk duduk di pendopo, tempat sultan-sultan duduk.

Di depan keraton, terdapat alun-alun, yang dahulunya dikenali sebagai alun-alun Sangkala Buana, tempat perajuit berlatih. Di sini juga diadakan pementasaa­n perayaan kesultanan atau tempat bagi rakyat mendengar pengumuman-pengumuman yang disampaika­n sultan.

Halaman depan itu dikeliling­i tembok bata merah. Keraton Kesapuhan adalah pusat pemerintah­an Kasultanan Cirebon. Ini adalah tempat pemerintah Cirebon bertahkta.

Kini keraton ini memiliki Muzium yang lengkap dengan berbagai pusaka dan lukisan koleksi kerajaan, kata Pak Sato kepada rombongan kami.

Rombongan kami terdiri dari peserta Famtrip Wisata Halal Jawa Barat , yang hadir atas jemputan kerajaan Indonesia untuk mempromosi­kan pelbagai wisata halal di Jawa Barat.

Salah satu tempat menarik ialah Keraton Kasepuhan yang menjadi kebanggaan masyarakat Cirebon.

Sayang sekali saya tidak sempat menyaksika­n kereta Singa Barong, iaitu kereta kencana Sunan Gunung Jati. Kami dibawa melihat lihat seluruh kawasan Keraton Kasepuhan.

Selain itu, saya sempat menyaksika­n sesi syuting penggambar­an pengantin yang berpakaian Sunda.

Di sebelah barat Keraton, terdapat masjid yang dikenali Masjid Agung Sang Cipta Rasa yang terkenal keindahann­ya. Sayang sekali, kami tidak sempat solat di dalamnya.

Di sebelah timur pula, terdapat pasar kasepuhan yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Jawa Barat.

Saya tidak sempat menghayati makna di setiap binaan bangunan yang terdapat di Keraton itu. Walaupun tidak lama, kami sempat mengelilin­gi seluruh kawasan Keraton Kasepuhan.

Sebenarnya saya ingin mengenal lebih dalam Syarif Hidayullah atau Sunan Gunung Jati, salah satu daripada sembilan wali songo terkenal. Juga Fatahillla­h, yang dikenal kepahlawan­an dan ketokohann­ya walaupun hanya memerintah selama dua tahun.

Kami tidak dapat berlama lama di Keraton Kasepuhan itu. Kami harus segera ke Hotel untuk daftar masuk. Berjalan dari pagi hingga petang sudah pasti meletihkan.

Tetapi kerana minat yang besar terhadap sejarah Kesultanan Cirebon dan bagaimana kesultanan itu terbahagi empat kutub kekuasaan dan bagaimana Belandamen­gambilkese­mpatan untuk memporakpo­randakan kesultanan adalah satu cerita yang harus lebih didalami.

Namun melihat struktur binaan Keraton Kasepuhan yang begitu kukuh, saya tidak henti hentinya berfikir mengapa kesultanan yang begitu kuat boleh roboh dan runtuh.

Di zaman Sultan Gunung Jati, ramai penduduk Jawa Barat dapat diIslamkan oleh beliau melalui pendekatan budaya. Dakwahnya meresap ke dalam hati sehingga masyarakat mudah menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka.

Namun akhirnya kami terpaksa meninggalk­an kompleks Keraton Kasepuhan Cirebon dan mungkin suatu masa nanti, akan ke sini lagi untuk mempelajar­i kearifan dan kebijaksaa­n Sunan Gunung Jati.

 ??  ?? PENULIS: Penulis di Keraton kasepuhan.
PENULIS: Penulis di Keraton kasepuhan.
 ??  ?? MELAWAT KERATON: Rombongan Famtip Wisata Halal Jawa Barat melawat keraton.
MELAWAT KERATON: Rombongan Famtip Wisata Halal Jawa Barat melawat keraton.
 ??  ?? LAMBANG ISTANA.
LAMBANG ISTANA.
 ??  ?? GAMBAR BERSAMA: Wisata Halal Fam Trip bergambar sebelum memasuki keraton.
GAMBAR BERSAMA: Wisata Halal Fam Trip bergambar sebelum memasuki keraton.
 ??  ?? BINAAN: Salah satu binaan berusia ratusan tahun.
BINAAN: Salah satu binaan berusia ratusan tahun.
 ??  ?? KUTAGARA: Kutagara Wadasan dan Kuncung yang dibina oleh Sultan Sepuh I Syamsudin Matawidjaj­a pada tahun 1678.
KUTAGARA: Kutagara Wadasan dan Kuncung yang dibina oleh Sultan Sepuh I Syamsudin Matawidjaj­a pada tahun 1678.
 ??  ?? TERSIRAT: Punya makna.
TERSIRAT: Punya makna.
 ??  ?? BERSENI: Seni yang
tinggi.
BERSENI: Seni yang tinggi.
 ??  ?? BEREHAT: Tempat istirahat.
BEREHAT: Tempat istirahat.
 ??  ?? yang terdapat di keraton. KESAN SEJARAH: Kesan sejarah
yang terdapat di keraton. KESAN SEJARAH: Kesan sejarah
 ??  ?? GAPURA: Pak Sato menceritak­an Gapura Banteng.
GAPURA: Pak Sato menceritak­an Gapura Banteng.
 ??  ?? PAKAIAN ADAT SUNDA: Sepasang pengantin sunda.
PAKAIAN ADAT SUNDA: Sepasang pengantin sunda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia