Utusan Borneo (Sarawak)

SK Sungai Bedaun johan Pertanding­an Keyboard Music Time Labuan

-

SEKOLAH Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) Labuan muncul Johan Kategori Tahap 2 Pertanding­an Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri, Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di Anggerik Square, Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutua­n Labuan, baru-baru ini.

Pasukan keyboard SK Sungai Bedaun dipimpin dan dibimbing oleh jurulatih utama pasukan ini iaitu Cikgu Wong Lee Choo dan dibantu oleh Cikgu Noorfarehi­n Md Yusof selaku pengurus pasukan keyboard.

Selain itu, pentadbir, guruguru, dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu turut menyumbang kepada kejayaan pasukan berkenaan.

SK Sungai Bedaun yang diwakili 10 orang murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 menyertai satu kategori sahaja iaitu Tahap 2.

Pasukan keyboard SK Sungai Bedaun memainkan dua buah lagu iaitu Nenek

Si Bongkok Tiga dan Troika semasa pertanding­an itu.

Dengan kejayaan itu, pasukan keyboard SK Sungai Bedaun akan mewakili WP Labuan dalam Pertanding­an Keyboard Music Time Sekolah-sekolah Rendah peringkat Malaysia Timur yang akan diadakan di Wilayah

Persekutua­n Labuan pada 13 November depan.

Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Bedaun Dg Sarifah A Mahmod mengucapka­n tahniah dan syabas kepada pasukan Keyboard Music Time yang bukan sahaja juara di Labuan tetapi juga akan bersaing di peringkat Malaysia

Timur minggu hadapan.

“Kejayaan pasukan Keyboard Music Time merupakan satu lagi catatan sejarah buat SK Sungai Bedaun. Tahniah buat peserta dan guru pembimbing yang mengharumk­an nama sekolah,” katanya.

Sebanyak 10 sekolah rendah menyertai pertanding­an itu yang dibahagika­n kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

Sementarai­tu,SKKerupang menduduki tempat kedua dan ketiga SK Pekan Satu bagi Tahap 2.

Manakala bagi Tahap 1 pula, johan menjadi milik SK Pekan Dua, naib johan SK

Lubok Temiang dan tempat ketiga SK Pekan Satu.

Majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Keyboard Music Time Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembanguna­n Bakat Murid Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutua­n Labuan Asbola Amit yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir Penolong Pengarah Sektor Pembanguna­n Murid Asmawi Haji Ahmad dan guru besar-guru besar sekolah-sekolah di WP Labuan.

 ??  ?? JOHAN: Pasukan Keyboard Music Time SK Sungai Bedaun bersama jurulatih utama Cikgu Wong Lee Choo.
JOHAN: Pasukan Keyboard Music Time SK Sungai Bedaun bersama jurulatih utama Cikgu Wong Lee Choo.
 ??  ?? MANTAP: Asbola (tengah) dan Asmawi Dg.Sarifah (kanan Asbola) bersama pasukan Keyboard SK. Sungai Bedaun.
MANTAP: Asbola (tengah) dan Asmawi Dg.Sarifah (kanan Asbola) bersama pasukan Keyboard SK. Sungai Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia