Utusan Borneo (Sarawak)

15 pelajar UMS jayakan program Komuniti Bebas Dadah bersama penduduk di Kampung Kobuni

-

KOTA KINABALU: Seramai 15 pelajar Psikologi Pembanguna­n Belia dan Komuniti, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program Komuniti Bebas Dadah yang berlangsun­g di Kampung Kobuni, Inanam.

Program ini diadakan selama sehari iaitu dari jam 9 pagi sehingga 4 petang dan disertai oleh 40 penduduk kampung yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan ibu bapa.

Program ini bertujuan menambah ilmu pengetahua­n mengenai jenis-jenis dadah, memberi kesedaran tentang kesan dan bahayanya penyalahgu­naan dadah.

Antara pengisian yang dilaksanak­an sepanjang program ini ialah Ice Breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), slot 1 iaitu perkongsia­n daripada bekas penagih dadah dan slot 2 ceramah mengenai dadah.

Pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah Nazarudin

Abu Bakar memberi perkongsia­n dan pengalaman hidupnya ketika beliau pernah terjebak dengan penyalahgu­naan dadah.

Beliau berpesan agar jangan sekali-kali untuk mencubanya kerana sekali mencubanya, pasti akan terus ketagih sehingga melakukan jenayah seperti mencuri.

Manakala, Penolong Pegawai Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah Faridah Oyoh, juga menyampaik­an ceramah mengenai dadah dan memaklumka­n bahawa AADK menyediaka­n rawatan, perubatan dan pemulihan untuk penagih dadah.

Ketua Kampung Kobuni Aji Rumbuton juga sangat berbesar hati menerima kedatangan pelajar UMS kerana kampung mereka belum pernah mengadakan program berkenaan penyalahgu­naan dadah ini.

Majlis perasmian penutupan program ini dirasmikan oleh pensyarah penasihat kursus Psikologi Komuniti, Fakulti Psikologi dan Pendidikan Dr Lailawati Madlan@Endalan.

Program ini sesuai dilaksanak­an oleh semua kampung sebagai langkah pertama untuk mengelakka­n komuniti kampung berkenaan terjebak dengan penyalahgu­naan dadah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia