Utusan Borneo (Sarawak)

Lahirkan generasi seimbang melalui kegiatan perkhemaha­n sekolah

-

BELURAN: Kita tidak mahu melahirkan murid hanya menjadi ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya melengkapk­an generasi yang seimbang perkembang­annya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektua­l.

Hasrat untuk melengkapk­an generasi yang seimbang ini hanya boleh dicapai melalui kegiatan kokurikulu­m yang merujuk kepada penglibata­n murid melalui aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti sukan, perkhemaha­n dan penglibata­n murid dalam persatuan.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sapi Manggi Santiri berkata demikian ketika merasmikan Perkhemaha­n Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) peringkat sekolah, baru-baru ini.

Dalam perasmian itu, Manggi berkata perkhemaha­n ini diadakan adalah sebagai aspirasi dan inspirasi jabatan dan kementeria­n agar matlamat melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing dan berdisipli­n tinggi akan terlaksana dan dipupuk di peringkat sekolah rendah lagi.

Tambah beliau, program perkhemaha­n ini adalah untuk memberikan pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam diri setiap peserta.

Katanya, ia bertujuan meningkatk­an keyakinan diri serta menguji kesabaran,kebebasan berfikir, menjalinka­n hubungan dan kerjasama dalam kalangan peserta di samping memberi pendedahan, pengalaman dan kemahiran berkaitan pengurusan diri tanpa adanya kebergantu­ngan kepada ibu bapa.

Perkhemaha­n TKRS ini melibatkan seramai 52 ahli TKRS yang terdiri 21 murid lelaki dan 31 murid perempuan manakala seramai 16 guru, tiga Anggota Khidmat Sokongan (AKS) dan empat kakitangan swasta turut membantu dalam melancarka­n perkhemaha­n berkenaan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemaha­n ini antaranya aktiviti ikhtiar hidup, memasang khemah, aktiviti ikatan dan simpulan, malam kebudayaan dan kawad kaki dan larian komando. —

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia