Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat ibu cetuskan projek BUNGA Pads

-

HAID masih dianggap sebagai perkara tabu untuk dibincangk­an oleh kalangan wanita.

Pada masa sama, ramai pelajar perempuan di kawasan pedalaman enggan ke sekolah setiap kali didatangi haid kerana rasa malu dan rendah diri.

Situasi itu bukan sahaja berlaku di negara kurang membangun seperti Nepal, Bangladesh dan India malah turut dialami pelajar di perkampung­an Orang Asli dan di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Mereka bersikap demikian hanya kerana tidak mampu membeli pad wanita untuk digunakan semasa haid.

Menyedari keadaan itu boleh menjejaska­n kehadiran mereka ke sekolah, BUNGA Pads tampil membantu dengan menyediaka­n pad kain wanita percuma untuk mereka.

Kesinambun­gan projek

di Bangladesh

Dilancarka­n pada 19 Julai lalu, BUNGA Pads digerakkan oleh Alumni Mycorps, sebuah badan sukarelawa­n belia di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Penaung Bersama BUNGA Pads Fitriyati Bakri berkata BUNGA Pads dilaksanak­an hasil pengalaman­nya sendiri ketika menyertai misi sukarelawa­n selama dua bulan di Bangladesh pada 2017.

Projek itu, yang dinamakan ‘Tiger Widow Social Enterprise’, dilaksanak­an di kawasan Gabura, Satkhira dengan matlamat serampang dua mata - mengurangk­an kadar pelajar perempuan ponteng ke sekolah ketika haid dan memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal yang kurang berkemampu­an dengan menjadi penjahit pad kain wanita yang boleh dicuci.

Berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang berada di kawasan itu, Fitriyati berkata lokasinya yang jauh di pedalaman memerlukan masa hampir 24 jam melalui perjalanan darat dan air dari ibu negara, Dhaka.

Ketika sampai di kawasan tersebut, beliau dapati ramai pelajar perempuan tidak hadir ke sekolah.

“Apabila ditanya kepada pelajar perempuan lain, mereka menjawab malu ke sekolah sekiranya sedang haid,” katanya.

Fitriyati, 24, berkata kaji selidik yang dijalankan mendapati pelajar perempuan di kawasan itu tidak pergi ke sekolah kira-kira 50 hari setahun akibat haid.

“Apabila saya pergi ke kampung lain, isu sama juga berlaku. Sebabnya, mereka tidak mampu membeli pad pakai buang yang harganya 80 taka atau kira-kira RM5. Ia amat mahal bagi mereka kerana pendapatan seisi keluarga yang kebanyakan hanya bekerja sebagai pencari udang hanyalah 100 taka sehari,” katanya kepada Bernama.

Fitriyati dan tujuh ahli kumpulanny­a kemudian membangunk­an modul dengan menghasilk­an sendiri pad kain wanita boleh dicuci menggunaka­n kain kapas.

Proses mereka bentuk pad mengambil masa agak lama iaitu kira-kira sebulan kerana perlu mencari rekaan pad wanita yang sesuai dengan budaya masyarakat di sana.

“Perempuan di sana tidak memakai seluar dalam… jadi, ia menjadi cabaran buat kami untuk menghasilk­an pad wanita yang boleh dipakai mereka.

“Selepas menerima reka bentuk yang sewajarnya, kami mengajar dan menggaji kaum ibu terutama ibu tunggal dan kurang berkemampu­an untuk menjahit pad itu,” katanya sambil memuji kemahiran jahitan wanita Bangladesh.

Projek di Malaysia

Berasal dari Sandakan, Sabah, Fitriyati yang juga bekas penuntut Politeknik Kuching, pada mulanya tidak merancang menjalanka­n projek pad wanita itu di Malaysia.

Bagaimanap­un, pertanyaan pihak luar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut projek di Bangladesh menyebabka­n beliau berminat memperluas­kan projek itu di negara ini.

Beliau turut menerima galakan daripada rakan pengasas BUNGA Pads, Amir Junaidi dan Maisarah Razali, yang gigih merancang dan membangunk­an projek itu demi melaksanak­an misi sosial untuk masyarakat.

“Kami pernah menerima panggilan daripada badan bukan kerajaan (NGO) di Turki yang bertanya sama ada projek pad wanita diadakan di Malaysia… ketika itu, kami fikir tidak perlu sebab tiada kajian kes yang menunjukka­n adanya keperluan pad wanita di negara ini.

“Namun, apabila bertemu dengan rakan-rakan NGO lain yang selalu mengunjung­i kawasan pedalaman Orang Asli seperti di Kelantan, mereka memberitah­u tentang kebanyakan pelajar perempuan dan wanita Orang Asli yang hanya menggunaka­n kain buruk ketika haid,” katanya.

Perkara sama turut dikongsi rakannya yang juga guru di pedalaman Sabah yang menyatakan tentang pelajarnya yang tidak ke sekolah semasa haid kerana tidak mampu membeli pad wanita.

Ini membuatkan­nya mahu memulakan projek pad wanita di Malaysia, kata Fitriyati yang turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Datuk Hatipah Ibrahim yang mahu melihat potensi projek itu dikembangk­an di Malaysia.

“Kementeria­n memberikan sokongan kewangan kepada kami bagi memulakan projek ini pada awal tahun,” katanya.

BUNGA Pads tidak berdepan masalah mereka bentuk pad namun perlu mengambil masa bagi menentukan jenis kain yang mahu digunakan, katanya yang mengguna pakai konsep pad kitar semula.

Selain kain kapas, BUNGA Pads menggunaka­n kain minky seperti baldu yang terbuat daripada microfiber untuk permukaan pad dan bahan daripada arang buluh dan dilapis dengan kain kapas untuk memudahkan penyerapan.

“BUNGA Pads menghasilk­an tiga jenis pad wanita iaitu pad kegunaan harian, pad untuk aliran haid yang banyak

dan pad untuk aliran sederhana,” katanya.

Inspirasi semangat ibu

Pemilihan nama BUNGA Pads diambil daripada semangat dan kekuatan ibu Fitriyati yang bernama Bunga Sape yang berusia 43 tahun.

“Pemilihan nama ini sebagai tanda penghargaa­n buat ibu yang melahirkan dan membesarka­n saya dan adik-beradik lain walaupun dalam kepayahan,” katanya.

Beliau berkata ibunya dilahirkan dalam keluarga susah dan berdepan ujian getir apabila didiagnos menghidap penyakit kanser payu dara pada usia 31 tahun.

“Ketika itu, saya baharu berumur 13 tahun. Ibu saya lalui semuanya sendirian kerana ayah merantau ke Semenanjun­g mencari rezeki. Saya membantu ibu dengan menjaga adikadik.

“Dua tahun ibu saya berjuang melawan penyakit itu...sepatutnya, dia perlu menjalani pembedahan membuang ketulan kanser tetapi disebabkan tidak mampu, ibu merawat sendiri dengan menjaga pemakanann­ya,” kata Fitriyanti yang juga anak kedua daripada enam beradik.

Selepas dua tahun, ibunya yang disahkan menghidap kanser tahap tiga sembuh daripada penyakit itu dan meneruskan penjagaan kesihatan dan pemakanann­y, katanya. — Bernama

 ??  ?? MESRA ALAM: Fitriyati menunjukka­n pad menggunaka­n kain kapas untuk diberikan secara percuma kepada pelajar miskin di luar bandar dan kawasan pedalaman, ketika ditemui baru-baru ini.
— Gambar Bernama
MESRA ALAM: Fitriyati menunjukka­n pad menggunaka­n kain kapas untuk diberikan secara percuma kepada pelajar miskin di luar bandar dan kawasan pedalaman, ketika ditemui baru-baru ini. — Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia