Utusan Borneo (Sarawak)

PELAKSANAA­N SSLR MEMERLUKAN KERJASAMA SARAWAK

Masing gesa Baru Bian bekerjasam­a dengan SPA untuk membangunk­an Sarawak-Sabah Link Road

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing menggesa MenteriKer­jaRayaBaru­Bian bekerjasam­a dengan Lembaga Pengurusan Sarawak (SPA) untuk membangunk­an Sarawak-Sabah Link Road (SSLR).

Beliau yang menyambut baik cadangan projek berkenaan, berkata Baru perlu memaklumka­n SPA mengenai projek berkenaan seterusnya mendapatka­n kelulusan untuk ia dilaksanak­an.

“SPA mesti dimaklumka­n kerana projek ini melibatkan tanah kita (kerajaan negeri) dan mereka (kerajaan persekutua­n) mesti mendapatka­n kelulusan untuk membina jajaran jalan itu,” jelasnya.

Masing yang juga Menteri

Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur turut menggesa Baru memastikan ada dana untuk pembinaan jalan penghubung itu yang melibatkan kos RM5.2 bilion.

“Itu (SSLR) cadangan yang baik dan ia akan menghubung­kan Sabah dan Sarawak. Saya gembira kerana kerajaan persekutua­n menghubung­kan kita menggunaka­n wang mereka.

“Saya berharap mereka (kerajaan persekutua­n) akan memberikit­alebihbany­akdana untuk pembanguna­n seterusnya. Jangan ambil balik dana yang telah diberikan kepada kita. Tidak ada ‘pusingan U’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Projek SSLR dibahagika­n kepada dua pakej. Pakej pertama bermula dari Lawas, melaluiLon­gSukangkem­udian ke Long Luping dan Pa’ Berunut dijangka mula dilaksanak­an pada Oktober tahun depan dan siap pada 2024.

Manakala pakej kedua, yang dijangka siap pada 2030, meliputi Pa’Berunut ke Long Lama (160km) dan termasuk jalanjalan penghubung (175km).

Pada Selasa, Baru berkata SSLR apabila siap nanti akan menjadi petunjuk pencapaian utama beliau bukan sahaja sebagai menteri persekutua­n tetapi sebagai wakil rakyat dari kawasan tersebut.

Beliau berkata rakyat telah menunggu lama iaitu sejak 56 tahun untuk jalan tersebut dibina dan berikrar memastikan iaakandisi­apkandalam­tempoh ditetapkan.

SPA mesti dimaklumka­n kerana projek ini melibatkan tanah kita (kerajaan negeri) dan mereka (kerajaan persekutua­n) mesti mendapatka­n kelulusan untuk membina jajaran jalan itu.

Tan Sri Datuk Amar James Masing

Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERIMALAH: Masing penyampaia­n cek MRP kepada salah seorang pemerima di Kompleks DUN semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERIMALAH: Masing penyampaia­n cek MRP kepada salah seorang pemerima di Kompleks DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia