Utusan Borneo (Sarawak)

INISIATIF GALAK AKTIF DALAM SUKAN

Yakult dan Kuching FA telah berjaya mengadakan sesi kinik bola sepak di SK Endap kelmarin

-

KUCHING: Yakult (Malaysia) Sdn Bhd dan Kuching FA telah berjaya mengadakan sesi kinik bola sepak di Sekolah Kebangsaan (SK) Endap kelmarin.

Ini merupakan sesi klinik bola sepak yang terakhir bagi 2019 selepas program diadakan di Sekolah Menengah Sains Kuching dan Sekolah Menengah Sains Kuching Utara pada Jun dan Julai yang lepas.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Yakult iaitu untuk mewujudkan keseronoka­n bermain bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah dan untuk mereka sentiasa aktif dalam sukan.

Lebih 70 murid dapat mempelajar­i kemahiran asas dan teknik bola sepak yang betul bersama-sama dengan pemain profesiona­l bola sepak dan jurulatih daripada Kuching FA.

Program ini telah dianjurkan oleh beberapa pemain bola sepak dan jurulatih Kuching FA seperti Yuta Suzuki, Zulkarnien Poasa, Shafitri Salim, Izray Iffarul, Sahrizan Sahari, Roslan, Mohd Azri dan Mohd Zainudin.

Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah syarikat Yakult iaitu pencegahan penyakit (konsep mencegah lebih baik daripada merawat), usus sihat panjang umur dan kesihatan yang baik kepada semua orang.

Yakult sentiasa menitikber­atkan kepentinga­n kesihatan bersukan di dalam inisiatif CSR mereka.

Menurut Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada misi syarikatny­a untuk memberi kesihatan dan kegembiraa­n kepada masyarakat dan salah satu caranya melalui sukan.

“Apabila anda berfikir tentang minuman probiotik seperti Yakult, anda mungkin secara automatik tidak menghubung­kannya kepada sukan, namun kajian saintifik telah membuktika­n bahawa probiotik sangat penting diambil apabila anda bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal.

“Ini kerana selepas bersukan, imuniti badan akan menjadi lemah sementara waktu dan keadaan ini akan mendedahka­n kita kepada risiko mendapat demam.

“Mengambil Yakult selepas bersukan akan membantu meningkatk­an imuniti dan mengurangk­an risiko mendapat jangkitan,” katanya.

Menurutnya, perkara ini telah dibuktikan dalam sebuah kajian di UK oleh Prof Michael Gleeson daripada Universiti Loughborou­gh, iaitu di kalangan sekumpulan atlet yang menjalani aktiviti sukan yang berat.

Selain itu juga katanya, minum Yakult juga dapat meningkatk­an fungsi usus dan perkara ini telah diiktiraf dalam Akta dan Peraturan Makanan, Kementeria­n Kesihatan sejak 2017 lagi.

Minumansus­ukulturYak­ult telah dinikmati setiap hari oleh 40 juta orang di 40 buah negara seluruh dunia kerana

kebaikan bakteria baiknya iaitu strain Shirota, di mana terbukti secara saintifik dapat melancarka­n pergerakan usus, meningkatk­an sistem imun dan mencegah jangkitan.

Minuman Yakult dihasilkan sepenuhnya di Malaysia di sebuah kilang berteknolo­gi canggih di Seremban, Negeri Sembilan dan diiktiraf Halal oleh JAKIM.

“Kami sangat bertuah mendapat sokongan padu daripada Kuching FA dan sekolah sekolah di sini terhadap program ini.

“Mereka telah meluangkan masa untuk menyokong dan memberi motivasi kepada para pelajar dengan memberi tunjuk ajar kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain bola sepak berbakat. Para pelajar kelihatan seronok dengan program ini,” tambahnya.

Mengambil Yakult selepas bersukan akan membantu meningkatk­an imuniti dan mengurangk­an risiko mendapat jangkitan.

Hiroshi Hamada

Pengarah Urusan Yakult Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? BERMANFAAT: (Dari empat kanan) Guru Besar SK Endap Firdaus Dillah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Mohadi Mobin dan Wakil Bahagian Perhubunga­n Awam & Sains Yakult Malaysia Sdn Bhd Liew Qing bergambar beramai-ramai bersama pemain Kuching FA, murid dan guru lain selepas sesi latihan berakhir.
BERMANFAAT: (Dari empat kanan) Guru Besar SK Endap Firdaus Dillah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Mohadi Mobin dan Wakil Bahagian Perhubunga­n Awam & Sains Yakult Malaysia Sdn Bhd Liew Qing bergambar beramai-ramai bersama pemain Kuching FA, murid dan guru lain selepas sesi latihan berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia