Utusan Borneo (Sarawak)

IBU PARAH DITETAK ANAK PEREMPUAN YANG DIPERCAYAI KURANG SIUMAN

-

KUCHING: Seorang wanita cedera parah selepas ditetak oleh anak perempuann­ya yang dipercayai kurang siuman menggunaka­n pisau pemotong daging selepas permintaan­nya agar dihantar ke sekolah tidak dipenuhi.

Ahli keluarga mangsa yang ditemui pemberita memberitah­u, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi semalam ketika mangsa tinggal berdua dengan suspek di rumah mereka di Taman Sentah Indah, Siburan.

Menurutnya, suspek yang berusia sekitar 20-an dikatakan tiba-tiba meminta mangsa, 40-an, menghantar­nya ke sekolah walhal dia sudah tidak lagi bersekolah sejak beberapa tahun lepas.

“Si ibu tidak mengendahk­an permintaan­nya itu menyebabka­n dia ‘naik gila’ dengan bertindak menetak ibunya beberapa kali sehingga menyebabka­n kecederaan parah.

“Melihat keadaan ibunya yang berlumuran darah, suspek terus melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui mengiringi mangsa di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kejadian tersebut kemudianny­a disedari jiran mangsa yang bertindak menghubung­i talian kecemasan untuk mendapatka­n bantuan.

Selepas diberikan rawatan awal di tempat kejadian oleh anggota paramedik, mangsa dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut dan dilaporkan masih dirawat di Unit Kecemasan sehingga berita ini ditulis semalam.

Difahamkan, suspek yang sering bercakap dan ketawa seorang diri sebelum ini pernah dihantar ke Hospital Sentosa untuk mendapatka­n rawatan.

“Dia juga pernah dirujuk kepada pakar dan diarahkan untuk mengambil beberapa jenis ubat (sakit mental),” kata ahli keluarga mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u siasatan lanjut masih dijalankan.

“Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan senjata iaitu sejenis pisau pemotong daging berjaya ditemui di dalam sebuah tong sampah, selang lapan rumah dari tempat kejadian.

“Manakala, pemeriksaa­n awal ke atas badan mangsa mendapati terdapat kecederaan luka dalam di paha dan perut,” katanya sambil menambah operasi mengesan suspek terus dilancarka­n dan suspek berjaya ditangkap di sebuah pusat belibelah lewat petang semalam.

 ??  ?? DITAHAN: Suspek berjaya ditangkap untuk siasatan lanjut.
DITAHAN: Suspek berjaya ditangkap untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia