Utusan Borneo (Sarawak)

DERA ANAK TUNANG, LELAKI DIPENJARA SEMBILAN TAHUN

-

MIRI: Seorang warden letak kereta dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana mendera anak tunangnya yang berusia dua tahun.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Dalam penghakima­nnya beliau berkata, meskipun kesalahan ini memperuntu­kkan hukuman denda namun dalam kes ini, hukuman denda dilihat tidak sesuai kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Tambahan perbuatann­ya itu bukan hanya sekadar mendatangk­an kecederaan tetapi juga mendera.

Mohamad Suharde Umar Sulaiman, 28, dari Jalan Luak Bay 3 di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menganiaya seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Raffiziey Faiqall Md. Faisal berusia dua tahun dua bulan sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal ke atas mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di rumah keluargany­a di Jalan Luak Bay 3 di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya, tambahan dia amat menyesal di atas perbuatann­ya itu.

Mahkamah kemudian memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 28 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia