Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki ceti haram direman empat hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki sebagai ceti haram diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Md. Syafique Md.Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Mohd Firdaus Md Isa dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Daerah Miri.

Dalam permohonan­nya Firdaus memberitah­u, bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11 pagi, 4 November lalu, sepasukan polis diketuai Inspektor Kamaludin Anis telah menahan dan menangkap seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Tangkapan ke atas suspek dibuat untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki menjalanka­n perniagaan sebagai pemberi pinjam wang tanpa lesen yang sah.

Polis yang melakukan pemeriksaa­n fizikal ke atas suspek telah menjumpai dua unit telefon bimbit, dua salinan kad pengenalan milik dua individu dan tiga salinan penyata gaji bulanan milik individu pertama, buku resit kosong dan buku memo.

Kesemua barang itu dan motosikal yang dinaiki suspek dirampas untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya Firdaus berkata, reman selama empat hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 35 tahun dari Jalan Kuhara, Tawau amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan saksi serta mengesan rakan sepenjenay­ahnya yang lain.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 9 November ini.

Berikutan itu, polis telah merampas motosikal milik suspek dan salinan kad pengenalan serta penyata gaji berkenaan untuk dijadikan barang kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia