Utusan Borneo (Sarawak)

Basikal lajak: Ibu bapa perlu tentukan anak berada di rumah sebelum Maghrib

-

MELAKA: Ibu bapa harus kembali kepada kaedah tradisi dalam mendidik anak-anak terutama di peringkat kanak-kanak dan awal remaja dengan membuat peraturan supaya mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib bagi menentukan mereka tidak terlibat dalam gejala tidak sihat seperti basikal lajak, merokok dan sebagainya.

Ibu bapa sekarang perlu kembali kepada kaedah warisan dalam mendidik anak seperti budaya menghormat­i orang tua, tidak keluar merayau ketika waktu Maghrib, solat secara berjemaah bersama keluarga, dan sebagainya.

Seorang peniaga, Shahrul Adam yang berusia 50-an, dari Bukit Katil di sini beliau akan memastikan tiga orang anak lelakinya berada di rumah sebelum masuk waktu solat Maghrib sepertiman­a yang dilakukan oleh arwah bapanya ketika beliau masih kecil.

“Bagi saya anak adalah harta yang perlu dijaga dengan baik kerana ia adalah tanggung jawab dari Allah swt dan dan atas prinsip tersebut saya sentiasa memastikan anak-anak saya pulang awal dan memantau apa yang mereka dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayak­an keselamata­n diri sendiri serta pengguna di mana contoh terbaik ialah kejadian di Johor Bahru pada 18 Februari 2017 apabila lapan kanak-kanak yang sedang bermain basikal lajak maut dilanggar sebuah kereta pada jam 3 pagi.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ibu bapa yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa menjaga dan mengambil tahu tentang anak mereka sendiri.

“Sepertiman­a yang saya sering katakana ibu bapa perlu anggap anak mereka sebagai harta kerana ianya merupakan aset mereka dan aset negara yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin yang menentukan masa depan negara,” katanya.

Beliau mencadangk­an agar pihak kerajaan menambah baik undangunda­ng yang sedia ada bagi membolehka­n tindakan perundanga­n diambil terhadap ib ubapa yang gagal mematuhi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak itu,

“Antara undang-undang yang boleh diwujudkan adalah mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang gagal memastikan bahawa anak mereka berada di rumah sebelum waktu Maghrib iaitu dalam lingkungan 6.00 petang hingga 7.00 malam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia