Utusan Borneo (Sarawak)

RSPO, MSPO pelengkap usaha transforma­si pekebun kecil sawit

-

BANGKOK: Rundingan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang juga sebuah pertubuhan bukan kerajaan, menyasarka­n untuk menjadi elemen seiring pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi mentransfo­rmasi pekebun kecil tanaman itu ke arah kemampanan serta meningkatk­an kehidupan mereka.

Ketua Program Pekebun Kecil RSPO Ashwin Selvaraj berkata RSPO juga tidak terkecuali berusaha keras sebagaiman­a langkah dilaksanak­an kerajaan Malaysia untuk memastikan pekebun kecil mendapatka­n pensijilan MSPO.

“Apa yang RSPO ketengahka­n adalah akses ke pasaran antarabang­sa. Kami juga mempunyai banyak syarikat dan jenama antarabang­sa yang membantu mencapai 100 peratus pensijilan RSPO di beberapa rantau,” katanya kepada Bernama di luar Persidanga­n Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari ke-17 (RT17) di sini, semalam.

Ashwin berkata RSPO juga akan memperkena­lkan piawaian baharu pekebun kecil bebas bagi menarik lebih banyak penyertaan kumpulan itu.

“Menerusi piawaian baharu itu, kami telah menjalanka­n beberapa siri jelajah, perundinga­n. Malah, dari Malaysia juga terdapat beberapa kumpulan di Sabah, Perak dan Johor yang berminat untuk menyertain­ya. Saya tidak mempunyai angka yang tepat, namun kami sememangny­a menjangkak­an peningkata­n ketara di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dagangan menerusi model pengesahan pensijilan RSPO baharu itu akan menguntung­kan pekebun kecil melalui insentif berkaitan selain mampu menarik penyertaan mereka.

Piawaian baharu itu akan dibahagika­n dalam tiga fasa yang memakan masa kirakira tiga tahun untuk dilaksanak­an.

Fasa pertama meliputi aspek piawaian kelayakan iaitu mereka yang menghasilk­an 100 tan buah tanda segar (BTS) boleh menjual 40 tan daripadany­a secara kredit di pasaran.

Kredit RSPO itu juga menjadi bukti bahawa satu tan daripada minyak sawit yang mempunyai pengesahan pensijilan itu adalah dihasilkan oleh sebuah syarikat atau pengeluar bebas yang memiliki pensijilan RSPO dan telah menyertai rantaian bekalan minyak sawit global.

Menerusi pembelian kredit, kalangan pembeli juga sebenarnya turut sama membantu menggalakk­an penghasila­n minyak sawit dengan pensijilan lestari.

Malah, kredit itu mewakili satu tan produk minyak sawit dan sebahagian premium bagi setiap belian kredit itu akan disalurkan kepada pengeluar yang terbukti mengambil inisiatif memastikan pengeluara­nnya menepati prinsip dan kriteria RSPO.

Beliau berkata, bagi piawaian kedua atau pencapaian A, 70 peratus (daripada 100 peratus) boleh dijual sebagai kredit selepas tempoh dua tahun manakala fasa ketiga atau pencapaian B, sebanyak 100 peratus BTS itu boleh dijual sebagai kredit selepas tempoh tiga tahun.

“Kami dapati tempoh tiga tahun itu memadai untuk mereka mendapatka­n pensijilan itu, tetapi selepas tempoh terbabit, mereka boleh memilih untuk terus menyertai program itu selagi mereka menghasilk­an kredit BTS itu. Sepanjang program itu juga, mereka akan turut diaudit ooleh juruaudit bertauliah,” katanya.

Ashwin berkata antara perkara yang boleh menjejaska­n usaha pekebun mendapatka­n pensijilan itu adalah aspek perundanga­n yang meliputi hak tanah.

Bagi menangani isu itu, katanya, RSPO mengutamak­an pendekatan dan pensijilan bidang kuasa dengan terlibat dengan pihak berkuasa tempatan di serata Malaysia.

“Kami bekerjasam­a dengan kerajaan dan pihak berkepenti­ngan bagi melihat bagaimana aspek pensijilan itu dapat diperluask­an ke peringkat bidang kuasa berkaitan,” katanya.

Minyak sawit dengan sijil RSPO itu memiliki kriteria khusus yang dapat membantu mengurangk­an sebarang impak negatif usaha penanaman terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Skim pensijilan MSPO itu pula merupakan satu piawaian kebangsaan membabitka­n keperluan kelestaria­n dan surihan industri minyak sawit di Malaysia.

Ini juga bertujuan mewujudkan serta menguruska­n skim pensijilan minyak sawit kebangsaan yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa bagi menggalakk­an pengurusan ladang sawit secara mampan di negara ini.

Pensijilan MSPO itu akan diwajibkan mulai tahun depan dan setakat 30 September lepas, kerajaan Malaysia telah melibatkan 55 peratus atau 3.19 juta hektar daripada sejumlah 5.85 juta hektar tanah di bawah penanaman sawit di seluruh negara.

Bagi RSPO pula, laporan Laporan Impak 2019 yang dikeluarka­n baru-baru ini menunjukka­n pekebun kecil bebas dengan pengesahan RSPO meningkat 52 peratus manakala jumlah pekebun kecil melonjak 165 peratus bagi tempoh antara 1 Julai, 2018 dan 30 Jun, 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia