Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Fair 2019 di Jepun catat potensi jualan RM21.7 juta

-

KUALA LUMPUR: Program Keusahawan­an Malaysia Fair (MyFair) 2019 di Shinjuku Chuo Park, Tokyo selama tiga hari yang berakhir kelmarin, berjaya mencatat potensi jualan sebanyak RM21.7 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) berkata pihaknya membawa 26 usahawan dengan 58 unit simpanan stok (SKU) produk halal Malaysia untuk dipromosi dan dipasarkan pada acara anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jepun.

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli merasmikan acara tersebut.

“Penyertaan usahawan tempatan dalam program ini membuka peluang kepada produk dan perkhidmat­an halal Malaysia untuk meneroka pasaran Jepun selain membina jaringan perniagaan dengan pengimport, pengedar dan peruncit tempatan,” kata kementeria­n itu.

Program itu merupakan sebahagian daripada promosi dan pemasaran produk halal Malaysia ke Jepun sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dan merupakan antara strategi di bawah Teras Keenam Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN2030) iaitu Mengantara­bangsakan Perusahaan Berpertumb­uhan Tinggi.

Selain itu, acara itu turut membabitka­n majlis pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Dewan MyGerak Eksport Malaysia dengan G-Biz East Co. Ltd meliputi kerjasama pembekalan produk halal Malaysia ke Jepun menerusi mesin layan diri, kedai runcit dan platform dalam talian di bawah jenama Hayabusa Halal Mart.

Delegasi MED turut mengambil peluang melakukan tinjauan pasaran terhadap produk serta dalam kalangan pengunjung MyFair 2019 selain berkunjung ke beberapa rangkaian peruncitan tempatan untuk melihat sendiri potensi produk Malaysia selain aspek pembungkus­an dan pelabelan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia