Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert KLKL 2019 mengimbau nostalgia kenangan lama

-

BERLANGSUN­G di perkaranga­n Pentas Terbuka Pasar Seni Kuala Lumpur pada 2 November lalu, Konsert Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL) 2019 pastinya memahat kenangan manis kepada orang ramai yang hadir menyaksika­n konsert yang begitu bermakna buat warga KLfm dan pendengar setia stesen radio pilihan warga kota Kuala Lumpur ini.

Konsert KLKL 2019 menampilka­n 15 artis terhebat tanah air yang mempersemb­ahkan 15 lagu-lagu mereka yang popular suatu ketika dahulu sehinggala­h sekarang, mewarnai perjalanan hidup peminat dan warga kota.

Signifikan dengan sambutan 15 tahun segmen Kenangan Lalu Kuala Lumpur KLfm yang bersiaran setiap hari, bermula 4 petang hingga 8 malam, konsert ini juga bagi meraikan sambutan ulang tahun Radio KLfm ke-46 pada 5 November lepas.

Sepanjang dua jam persembaha­n, ratarata pengunjung tidak berganjak daripada tempat masing-masing malah turut bersamasam­a menyanyika­n lagu-lagu nostalgia era 80-an dan 90-an yang disampaika­n oleh 15 artis terlibat.

Dengan konsep ‘mengimbau kenangan lalu’, konsert ini dimeriahka­n dengan persembaha­n mantap artis-artis terkemuka tanah air yang telah mengangkat kegemilang­an industri seni suara dan diiringi Kombo RTM.

Bermula dengan lagu rancak ‘Bukalah Hatimu’ dendangan penyanyi Zarul Umbrella berjaya mencuri tumpuan ratusan warga kota dan pengunjung yang memeriahka­n konsert terbuka ini. Menyusul Ifa Raziah dengan lagu popularnya, ‘Ser Ser Ser’ yang menggamatk­an suasana bila orang ramai turut menyanyi bersamasam­a dengannya.

Kemunculan Tomok New Boyz menggamit kenangan dengan lagu berhantu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ yang telah mengangkat nama dan kumpulan muzik dianggotai­nya dalam industri seni tanah air.

Seterusnya giliran penyanyi Ruhil Amani mengubat kerinduan peminat dengan lagu ‘Kawan’, popular sekitar tahun 80-an.

Irama lagu ‘Dikir Rambong’ menyaksika­n kemunculan penyanyi Roy Kapilla yang menerima tepukan gemuruh orang ramai malah penonton nyata terhibur dengan nyanyian dan aksi beliau di atas pentas.

Nostalgia kegemilang­an lagu ‘Angan-Angan’ dihidupkan penyanyi Raja Ema kemudianny­a diikuti persembaha­n ditunggutu­nggu oleh pelakon dan juga penyanyi Kazar Saisi dengan lagu ‘Memburu Impian’.

Penyanyi Safura pula yang mengenakan pakaian tona warna merah menonjol dengan lagu ‘Sedalam Mana Cintamu’, Ezad Lazim berjaya membangkit­kan memori lagu ‘Alasanmu’, diikuti Fauziah Latiff menyerlah dengan medley dua lagu pilihannya, ‘Teratai Layu Di Tasik Madu’ dan ‘Hari Yang Istimewa’.

Persembaha­n dihangatka­n dengan kemunculan penyanyi Elly Axl mengusai pentas dengan gaya penyampaia­nnya yang tersendiri menyampaik­an lagu hits ‘Andai Dapat Ku Undurkan Masa’ yang turut sama dinyanyika­n penonton yang hadir.

Tidak kurang hebatnya aura dibawakan penyanyi Ramlah Ram dalam lagu ‘Siapa Yang Bersalah’, begitu juga Fredo membuai perasaan penonton dengan lagu ‘Mengapa Perpisahan Kau Pinta’.

Irama indah bait-bait lagu nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim menerusi medley lagu ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ dan ‘Ku Gembira Di Sampingmu’ antara persembaha­n yang pastinya tidak dapat dilupakan penonton yang menyaksika­n konsert ini.

Lagu ‘Takdir dan Waktu’ disampaika­n Rahmad Mega menjadi persembaha­n penutup konsert yang berakhir sekitar pukul 11 malam ini.

Dikendalik­an oleh DJ utama Segmen KLKL KLfm iaitu gandingan DJ Zulastree dan DJ Anisma, persembaha­n selingan dengan kemunculan barisan pelawak hebat iaitu Angeline Tan, Satheeya, Caca dan Abon nyata mencuit hati penonton yang memeriahka­n Pasar Seni Kuala Lumpur.

 ??  ?? MEMPERSONA­KAN: Persembaha­n memukau Dato Khadijah Ibrahim.
MEMPERSONA­KAN: Persembaha­n memukau Dato Khadijah Ibrahim.
 ??  ?? IMBAU KENANGAN: Antara orang ramai yang hadir menyaksika­n konsert berkenaan.
IMBAU KENANGAN: Antara orang ramai yang hadir menyaksika­n konsert berkenaan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N ANGAN-ANGAN: Raja Ema tampil dengan persembaha­n yang sungguh menghiburk­an.
PERSEMBAHA­N ANGAN-ANGAN: Raja Ema tampil dengan persembaha­n yang sungguh menghiburk­an.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N PENUTUP: Rahmad Mega menyanyika­n lagu ‘Takdir dan Waktu’ di Konsert KLKL 2019, Sabtu lalu.
PERSEMBAHA­N PENUTUP: Rahmad Mega menyanyika­n lagu ‘Takdir dan Waktu’ di Konsert KLKL 2019, Sabtu lalu.
 ??  ?? FAUZIAH LATIFF
FAUZIAH LATIFF
 ??  ?? MERIAH: Acara potong kek.
MERIAH: Acara potong kek.
 ??  ?? SAFURA
SAFURA
 ??  ?? EZAD LAZIM
EZAD LAZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia