Utusan Borneo (Sarawak)

Pembedahan implan koklea,atasi masalah pendengara­n

- Oleh Agnes Tugong

EKSPRESI wajah Missha Teng ketika kali pertama dapat mendengar dua tahun lepas masih jelas di ingatan kedua-dua ibu bapanya.

Lahir dengan masalah pendengara­n, Missha yang kini berusia lima tahun antara kanak-kanak bertuah kerana akhirnya dapat mendengar.

Ibunya, Angelia Lim dan bapanya Michael Teng bersyukur kerana anak mereka kini dapat menjalani kehidupan secara normal.

“Anak kami membuat pembedahan implan koklea pada Disember 2017 di salah sebuah hospital swasta di sini (Kuching).

“Kami mengetahui mengenai pembedahan implan ini selepas berjumpa seorang pesakit kanak-kanak Samson Chong yang turut mengalami masalah yang sama.

“Ibu bapa Samson kemudianny­a mengesyork­an kami untuk berjumpa dengan Profesor Dr Tang Ing Ping seorang pakar dalam bidang ini untuk mendapatka­n nasihat.

“Selepas berjumpa dan mendapatka­n nasihat daripada Dr Tang kami mengambil keputusan untuk menjalanka­n pembedahan ini,” katanya ketika ditemu bual.

Menceritak­an pengalaman membesarka­n Missha sebelum menjalani pembedahan, Angelia berkata dia dan suami tidak tahu akan masalah ini ketika awal kelahiran Missha.

Pada firasat Angelia dan suaminya anaknya mungkin ada masalah lambat bertutur.

Namun selepas merujuk kepada Dr Tang, anaknya disahkan sebagai cacat pendengara­n dan mereka segera mendapatka­n rawatan terbaik.

“Pada mulanya kami risau juga untuk membuat pembedahan kerana takut ia akan memberikan kesan kepada anak kami.

“Tetapi selepas melihat kejayaan Samson dan yakin dengan prosedurny­a kami bersetuju untuk membuat pembedahan.

“Hari ini, kami sangat gembira melihat perubahan pada anak kami yang mana semakin lancar bertutur dan dapat ke sekolah biasa,” kata Michael.

Sementara itu Dr Tang yang merupakan Pakar Telinga, Hidung, Tekak (ENT) dan pakar bedah yang menjalanka­n pembedahan ke atas Missha menjelaska­n bahawa tiada yang lebih istimewa bagi beliau melihat seseorang tanpa pendengara­n kini dapat mendengar segalanya.

Katanya, satu hingga lima daripada 1,000 kelahiran bayi mempunyai masalah pendengara­n dengan satu atau dua daripada mereka memerlukan alat bantu pendengara­n.

Jelasnya terdapat ramai pesakit yang menunggu untuk menjalani pembedahan implan koklea ini namun ia bergantung kepada kemampuan kerajaan kerana kos alat bantu pendengara­n adalah tinggi antara RM70,000 hingga RM80,000.

“Selain implan koklea kita juga ada menjalanka­n implan auditori pangkal otak di mana Sarawak adalah tempat pertama di Malaysia yang menjalanka­nnya.

“Kita mempunyai semua fasiliti unuk pembedahan implan ini sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.

“Jadi, pesakit tidak perlu ke Singapura atau Australia untuk membuat pembedahan kerana semuanya boleh dibuat di sini dari mula sampai akhir,” katanya.

Dalam pada itu implan koklea adalah alat elektronik yang dimasukkan melalui pembedahan bagi memberikan deria bunyi kepada seseorang yang pekak atau pendengara­n terjejas teruk.

Pembedahan implan koklea dan implan auditori pangkal otak ini adalah sebaiknya dibuat pada awal usia kanak-kanak iaitu empat tahun ke bawah.

Pembedahan pada usia lewat adalah tidak disarankan kerana meskipun pesakit boleh mendengar namun tetap tidak dapat bertutur dengan baik kerana perkembang­an pertuturan kanak-kanak adalah pada usia empat tahun.

 ??  ?? NORMAL: Missha kini jalani kehidupan kanak-kanak normal selepas kejayaan pembedahan implan koklea.
NORMAL: Missha kini jalani kehidupan kanak-kanak normal selepas kejayaan pembedahan implan koklea.
 ??  ?? FUNGSI TELINGA: Bagaimana kita mendengar? Gelombang bunyi memasuki saluran telinga dan menyebabka­n gegendang telinga dan tiga tulang di tengah telinga bergetar. Ia seterusnya menghantar isyarat elektrik dari dalam telinga menerusi saraf pendengara­n terus ke otak.
FUNGSI TELINGA: Bagaimana kita mendengar? Gelombang bunyi memasuki saluran telinga dan menyebabka­n gegendang telinga dan tiga tulang di tengah telinga bergetar. Ia seterusnya menghantar isyarat elektrik dari dalam telinga menerusi saraf pendengara­n terus ke otak.
 ??  ?? ISTIMEWA: Dr Tang (kanan) menerangka­n mengenai pembedahan implan koklea yang berjaya dijalankan ke atas Missha (kiri) dan Samson.
ISTIMEWA: Dr Tang (kanan) menerangka­n mengenai pembedahan implan koklea yang berjaya dijalankan ke atas Missha (kiri) dan Samson.
 ??  ?? BERSYUKUR: Angelia (kiri) dan Michael berkongsi mengenai masalah serta rawatan yang dijalankan bagi memulihkan pendengara­n anak mereka Missha.
BERSYUKUR: Angelia (kiri) dan Michael berkongsi mengenai masalah serta rawatan yang dijalankan bagi memulihkan pendengara­n anak mereka Missha.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia