Utusan Borneo (Sarawak)

PGA RAMPAS BERAS SELUDUP

Rampasan bernilai lebih RM1.3 juta, taktik guna guni cetakan palsu gagal lagi.

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Taktik sebuah gudang menggunaka­n guni cetakan palsu untuk membungkus semula beras seludup bagi mengaburi mata pihak berkuasa ternyata sia-sia apabila sejumlah 352 tan beras bernilai lebih RM1.3 juta berjaya dirampas dari gudang itu, petang kelmarin.

Rampasan itu dilakukan hasil serbuan sepasukan anggota dari Unit Risik Batalion 12 (BN12) Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ke atas gudang berkenaan yang terletak di Estet Perindustr­ian Piasau di sini.

Pegawai Memerintah BN12 Superinten­den Tan Hiap Seng berkata, ini merupakan kes pertama membabitka­n rampasan beras tahun ini dengan nilai rampasan paling tinggi setakat ini iaitu sebanyak RM1,340, 830.

"Premis ini pernah diserbu sebanyak dua kali sebelum ini dengan serbuan kedua dilakukan pada 1 Disember tahun lalu dan semalam (kelmarin), kita sekali lagi telah menyerbu premis yang sama hasil intipan yang dilakukan oleh anggota saya selama dua minggu.

"Namun pemilik gudang seolaholah tidak serik dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sebelum ini dan masih mengulangi kesalahan serupa," katanya pada sidang media di lokasi rampasan di Piasau, pagi semalam.

Hadir sama Penolong Pegawai Memerintah BN12 DSP Uchong Sigan dan pegawai penyiasat kes Inspektor Rizuan Makladin dan anggota serbuan.

Menyentuh lanjut tentang serbuan itu, Tan berkata dalam serbuan sekitar jam 2 petang 6 November itu, pasukan serbuan menemui pelbagai jenis guni beras dan pada masa sama menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mendakwa dirinya sebagai penjaga gudang.

Hasil pemeriksaa­n lanjut menemui sebanyak 7,057 guni beras dengan setiap satu seberat 50 kilogram menjadikan berat keseluruha­n beras tersebut 352 tan.

Menurut beliau, modus operandi pemilik gudang terbabit adalah sama seperti dalam dua kes terdahulu iaitu menggunaka­n guni cetakan palsu untuk membungkus semula beras yang dipercayai diseludup ke sini menggunaka­n jalan laut.

"Beras-beras ini dipercayai telah diseludup ke sini dari Vietnam menggunaka­n jalan laut dan dipunggahk­an di sebuah pelabuhan persendiri­an yang terletak di kawasan berhampira­n sebelum dibawa ke gudang ini.

"Semalam (kelmarin), kita telah memanggil pegawai dari Padi

Beras Nasional Berhad (BERNAS) untuk membuat pengesahan dan mereka memberitah­u bahawa nombor kontrak yang tertera pada cetakan guni itu adalah palsu serta tidak terdapat dalam data syarikat," jelas beliau.

Menurut Tan lagi, beras itu akan dibungkus semula di gudang bersebelah­an dalam bentuk 10 kilogram dan 5 kilogram sebelum diedarkan untuk pasaran di Miri termasuk ke kawasan luar bandar dan juga ladang-ladang.

Katanya, setiap guni beras wangi dengan berat 50 kilogram akan dijual pada harga RM190, manakala beras biasa RM120 untuk 50 kilogram.

Sehubungan itu katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

 ??  ?? TUMPAS: Tan (kanan) bersama (dari kiri) Rizuan dan Uchong serta anggota serbuan menunjukka­n guni beras yang dirampas dari gudang berkenaan.
TUMPAS: Tan (kanan) bersama (dari kiri) Rizuan dan Uchong serta anggota serbuan menunjukka­n guni beras yang dirampas dari gudang berkenaan.
 ??  ?? SELUDUP: Timbunan guni beras dipercayai diseludup masuk dari Vietnam yang disimpan di dalam gudang berkenaan.
SELUDUP: Timbunan guni beras dipercayai diseludup masuk dari Vietnam yang disimpan di dalam gudang berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia