Utusan Borneo (Sarawak)

POKOK TUMBANG SUSULAN ANGIN KENCANG CETUS KESESAKAN

-

Sebanyak lima batang pokok tumbang di Jalan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub di sini susulan kejadian angin kencang sekitar jam 4 petang semalam.

Menurut sumber, kawasan tersebut dilanda angin kencang selama kira-kira 20 minit menyebabka­n beberapa pokok yang terletak di sepanjang jalan raya itu tumbang.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berdekatan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu pihak kontraktor Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengalihka­n dahan pokok-pokok tersebut.

Insiden tersebut juga menyebabka­n kesesakan lalu lintas sehingga beberapa kilometer tatkala orang ramai pulang dari kerja.

Keadaan kesesakan jalan raya beransur pulih sekitar jam 6 petang selepas beberapa dahan besar pokok-pokok tersebut berjaya dialihkan.

Selain itu, terdapat juga insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di pusat bandar raya ini.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ?? BERSIHKAN: Kelihatan anggota bomba membantu pihak kontraktor mengalihka­n dahan pokok-pokok yang tumbang.
BERSIHKAN: Kelihatan anggota bomba membantu pihak kontraktor mengalihka­n dahan pokok-pokok yang tumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia