Utusan Borneo (Sarawak)

AHLI POLITIK TURUT TERIMA NOTIS CUKAI PENDAPATAN

Karim dedahkan ramai pemimpin GPS menerima notis taksiran cukai pendapatan daripada LHDN

-

Ramai dalam kalangan kami (pemimpin GPS) menerima semua bentuk notis daripada LHDN termasuk saya sendiri.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n

KUCHING: Menteri Pelanconga­n Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahka­n ramai pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerima notis taksiran cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau memberitah­u, notis sama turut dihantar kepadanya sambil menambah perkara itu berlaku sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutua­n.

“Ramai dalam kalangan kami (pemimpin GPS) menerima semua bentuk notis daripada LHDN termasuk saya sendiri.

“Ya, ada menerima notis (taksiran) daripada LHDN tetapi saya menyelesai­kannya sendiri... tidak ada masalah kerana saya bukan jenis yang tidak membayar cukai, mungkin ada tertinggal di sana sini,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ia merupakan risiko pekerjaan terutama sebagai wakil rakyat.

“Sebab itulah kita perlu

bersedia menghadapi perkara seperti ini,” katanya sambil tidak menolak ia antara cara kerajaan PH ‘mengganggu’ pemimpinpe­mimpin GPS.

Mengenai dakwaan Chong Chieng Jen (PHKota Sentosa) mengatakan beliau orang pertama diarah berhenti ketika berucap atau berbahas pada Persidanga­n DUN, Abdul Karim percaya Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mempunyai kuasa membuat keputusan.

“Saya dimaklumka­n, tidak pasti sama daripada beliau sendiri, apa yang berlaku kepadanya adalah yang pertama kali dalam sejarah.

“Saya tidak mahu seperti mengagung-agungkan dirinya sebagai orang pertama dalam apa jua perkara, tetapi beliau telah diberi peluang untuk bercakap tetapi tidak digunakan dengan bijak.

“Speaker mempunyai kuasa dan hak untuk menghentik­annya mengikut Perintah Tetap DUN. Speaker mempunyai kuasa yang besar, bukan sahaja menghenti kamu berhenti berucap tetapi keluar dewan jika kamu langgar Perintah Tetap sedia ada,” ujarnya.

Abdul Karim juga berpendapa­t tindakan Chong melabelkan Belanjawan Negeri 2020 sebagai belanjawan ‘hot air’ suatu yang tidak betul.

Terdahulu speaker DUN menghentik­an Chong terus membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 apabila kenyataann­ya mengatakan belanjawan itu sebagai ‘hot air’ menyebabka­n dewan kecoh.

Chong turut mendakwa Belanjawan Negeri 2020 sama seperti skandal 1MDB yang menyebabka­n negara menanggung beban hutang yang banyak.

Dakwaan Chong itu menyebabka­n Liwan Lagang (GPS- Belaga) bangkit mempersoal­kan kenyataan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyebabka­n dewan kecoh.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? Abdul Karim pada sidang media di Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon Abdul Karim pada sidang media di Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia