Utusan Borneo (Sarawak)

SK TATAU MUNCUL JUARA MSSD TATAU

SK Kelawit dan SK Kuala Annau duduki tempat kedua dan ketiga pada kejohanan yang berlangsun­g di Stadium Mini Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Tahun depan kejohanan ini tidak lagi diadakan mengikut sekolah, sebaliknya mengikut zon kerana pada tahun hadapan sekolah daerah Tatau dan Sebauh akan bergabung menjadi PPD Tatau/Sebauh.

Samri Suhaili

Pegawai Pendidikan Daerah Tatau

BINTULU: Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Olahraga Ke-18 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Tatau yang berlangsun­g dari 4 November dan berakhir kelmarin di Stadium Mini Bintulu.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh SK Kelawit dan SK Kuala Annau.

Anugerah Olahragawa­n diraih oleh Nicholas Saban Undik (SK Tatau) dan Olahragawa­ti bersama menjadi milik Elysha Sofea Christina (SK Kelawit) dan Victoria Michael Welson Moses (SK Kuala Annau).

Kejohanan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tatau dan dikelolaka­n oleh SK Kuala Annau itu disempurna­kan penutupan rasminya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tatau (PPD) Samri Suhaili.

Turut hadir Penolong PPD Tatau Muhd Nor Abdullah@ Tana, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Tatau Tony Madup, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kelawit yang juga penyumbang piala pusingan kejohanan terbabit Gilbert Ngadi Melaka@Malaka,

Guru Besar SK Kuala Annau merangkap pengerusi pengelola kejohanan Muhd Farhan Abdullah serta semua guru besar di Daerah

Tatau.

Samri berkata, peserta yang terpilih mewakili Daerah Tatau akan berpeluang mewakili Bahagian Bintulu

ke kejohanan peringkat negeri Sarawak pada tahun depan.

“Tahun depan kejohanan ini tidak lagi diadakan mengikut sekolah, sebaliknya mengikut zon kerana pada tahun hadapan sekolah daerah Tatau dan Sebauh akan bergabung menjadi

PPD Tatau/Sebauh,” ujarnya dalam ucapan penangguha­n kejohanan itu.

Sementara itu, Muhd Farhan berterima kasih kepada PPD Tatau dan semua yang terlibat menjayakan kejohanan yang disertai 15 sekolah rendah di Tatau itu.

Katanya, objektif kejohanan itu adalah untuk memilih wakil atlet Daerah Tatau ke Kejohanan Sukan dan Olahraga Bahagian Bintulu tahun depan dan tahun ini merupakan pemilihan yang agak mencabar kerana persaingan hebat antara kontinjen-kontinjen sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? Kontinjen SK Tatau (kanan) menerima hadiah piala pusingan daripada Gilbert sambil disaksikan Samri (kiri) dan serta yang lain.
Kontinjen SK Tatau (kanan) menerima hadiah piala pusingan daripada Gilbert sambil disaksikan Samri (kiri) dan serta yang lain.
 ??  ?? Kontinjen SK Kelawit merakamkan kenangan bersama Guru Besarnya Janudin Ab Rahman (dua kanan) serta yang lain.
Kontinjen SK Kelawit merakamkan kenangan bersama Guru Besarnya Janudin Ab Rahman (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia