Utusan Borneo (Sarawak)

DIESEL TANPA PERMIT BERNILAI HAMPIR RM1 JUTA DIRAMPAS

-

Pasukan Polis Marin (PPM) W5 Sibu merampas 100,000 liter minyak diesel dipercayai dimiliki tanpa lesen atau permit sah yang dianggarka­n bernilai RM919,000.

Komander PPM W5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata, rampasan dilakukan hasil pemeriksaa­n ke atas sebuah kapal di perairan Sungai Antu, Batang Igan pagi kelmarin.

Shamsol berkata, pada kira-kira jam 11.25 pagi, seorang pegawai PPM bersama tiga anggotanya telah melancarka­n operasi dengan menahan dan memeriksa kapal berkenaan.

"Hasil pemeriksaa­n, pasukan tersebut telah menemui minyak diesel berkenaan di dalam tangki kapal tersebut.

"Selain itu, mereka turut menahan dua lelaki tempatan yang berada di atas kapal selepas gagal mengemukak­an sebarang permit dan surat kebenaran memiliki atau menyimpan daripada pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Shamsol, suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kedua-dua suspek serta barangan rampasan terbabit kemudian diserahkan kepada pihak KPDNHEP Cawangan Sibu untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? DITAHAN: Anggota PPM menyoal
siasat dua lelaki tersebut.
DITAHAN: Anggota PPM menyoal siasat dua lelaki tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia