Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA DIPERCAYAI TETAK IBU KANDUNG DIREMAN ENAM HARI

-

Seorang wanita yang dipercayai menetak ibunya sehingga menyebabka­n kecederaan parah dalam satu insiden di Taman Sentah, Batu 18 Jalan Kuching-Serian kelmarin direman selama enam hari bermula hari ini hingga 13 November ini.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Majistret Mohd Syukri Mokhtar terhadap wanita berusia 20 tahun terbabit untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun

Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Kelmarin, polis berjaya menangkap suspek yang dipercayai kurang siuman sekitar jam 6.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan, polis memperoleh­i maklumat daripada orang awam yang mengatakan suspek berdiri di hadapan sebuah pusat beli-belah di

Jalan Datuk Tawi Sli dari jam 10 pagi hingga dia ditangkap.

"Semasa soal siasat dijalankan, suspek didapati hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang maklum balas serta pengakuan," ujar beliau dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, suspek melarikan diri meninggalk­an ibu kandungnya berlumuran darah selepas kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi kelmarin.

Semasa kejadian, hanya mangsa berusia 49 tahun dan suspek berada di rumah.

"Suspek dipercayai menggunaka­n sejenis pisau pemotong daging untuk menetak mangsa sehingga menyebabka­n kecederaan dan luka yang dalam di bahagian paha dan perut," katanya.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Menurut Aidil lagi, senjata yang digunakan suspek berjaya ditemui di dalam tong sampah yang terletak selang lapan rumah dari tempat kejadian.

 ??  ?? DIREMAN: Suspek diiringi polis ke bilik tahanan Mahkamah Kuching.
DIREMAN: Suspek diiringi polis ke bilik tahanan Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia