Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek curi tabung duit masjid ditangkap

Dua daripada suspek adalah pelajar sekolah, kelibat mereka dirakam CCTV di masjid: KPD Sarikei

- Sebaik sahaja berjaya masuk ke dalam masjid, suspek telah memotong mangga pada kunci tabung tersebut yang diletakkan di tepi pintu masuk. Oleh Kepu Sidi Superinten­den Awang Arfian Awang Bujang Ketua Polis Daerah Sarikei

SARIKEI: Tiga suspek kes mencuri dan memecah tabung duit di Masjid Ar Rahmah, Jalan Allamanda, Kampung Seberang di sini pada 2 November lalu berjaya diberkas polis kelmarin.

Ketiga-tiga suspek merupakan remaja lelaki yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superinten­den Awang Arfian Awang Bujang berkata, dua daripada suspek yang berjaya ditangkap merupakan pelajar sekolah, manakala seorang lagi tidak bersekolah.

“Siasatan awal mendapati suspek telah masuk ke dalam masjid dengan membuka tingkap di tingkat atas masjid.

“Sebaik sahaja berjaya

masuk ke dalam masjid, suspek telah memotong mangga pada kunci tabung tersebut yang diletakkan di tepi pintu masuk.

“Namun demikian, tindakan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid terbabit,” kata Awang Arfian.

Usaha menjejaki suspek telah dilancarka­n pihak polis sejurus menerima laporan daripada seorang pengadu yang melaporkan duit tabung di masjid terbabit telah dipecah dan dicuri.

Kejadian itu disedari pengadu ketika tiba di masjid pada jam 3.45 pagi untuk menunaikan solat.

Berdasarka­n laporan dan rakaman CCTV kata Awang Arfian, pihak polis berjaya mengesan suspek terbabit.

“Dianggarka­n sejumlah RM600 duit tabung tersebut telah hilang.

“Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman sehingga 8 November untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? DITAHAN REMAN: Pihak polis membawa suspek ke Balai Polis Pusat Sarikei untuk membantu siasatan kes pecah tabung di Masjid Ar Rahmah di Sarikei pada 2 November lepas.
DITAHAN REMAN: Pihak polis membawa suspek ke Balai Polis Pusat Sarikei untuk membantu siasatan kes pecah tabung di Masjid Ar Rahmah di Sarikei pada 2 November lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia