Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tidak mengaku bersalah miliki dadah

-

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah apabila dia didakwa memiliki 32.03 gram dadah jenis Methamphet­amine di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Marutin Pagan kemudian menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan lanjut kes bagi laporan kimia.

“Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh mengikut Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tertuduh ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraa­n kes,” ujar beliau.

Eriwan Habibi mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan terbabit pada 28 Oktober lalu, jam lebih kurang 9.45 malam di sebuah tempat letak kereta di Matang Jaya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada lima tahun dan boleh disebat dengan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadratun Naim Mohd Saidi manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Rahman Mohd Hazmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia