Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa lapan anak kena 10 bulan gara-gara miliki dadah

-

MIRI: Seorang bapa lapan anak dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 11 Jun tahun ini.

Aron Hamdan, 50, dari Kampung Pengkalan, Lutong di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan berat bersih 0.49 gram.

Methamphet­amine merupakan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 11 Jun tahun ini di tingkat dua sebuah bangunan tidak bernombor di Jalan Permaisuri di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan dia telah berkahwin serta mempunyai lapan anak, malah ditahan sejak ditangkap kerana gagal mengemukak­an wang jaminan.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memberitah­u kes ditetapkan untuk sebutan lanjut namun tertuduh memberitah­u dia berhasrat menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim Steve Ritikos, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia