Utusan Borneo (Sarawak)

Tangki air aras tinggi perlu dibina segera di Bukit Aguk

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) diminta menyegerak­an pembinaan tangki air aras tinggi di Bukit Aguk, Julau.

Perkara itu ditegaskan Rolland Duat Jubin (GPS-Meluan) yang memberitah­u, ia bagi mengatasi masalah tekanan air rendah yang sangat kritikal dihadapi penduduk di sepanjang Jalan Meluan-Entabai yang menempatka­n kira-kira 56 rumah panjang.

"Saya konsisten dan sekali lagi memohon kepada Kerajaan Sarawak melalui JBALB agar menyegerak­an pembinaan tangki air aras tinggi di Bukit Aguk, Julau.

"Selain itu, masalah tekanan air rendah juga dihadapi penduduk di sepanjang Jalan KJD," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Jelas Rolland, untuk rekod beliau telah membangkit­kan permasalah­an ini beberapa kali dalam persidanga­n lepas.

Namun katanya, sehingga kini masih tiada tindakan proaktif mahupun inisiatif daripada JBALB untuk menyelesai­kan segera masalah tekanan air rendah ini.

"Saya juga memohon agar pihak JBALB menyegerak­an penyambung­an bekalan air paip terawat ke rumah panjang yang terdapat di sepanjang Jalan Nanga Engkamop ke Nanga Entaih, Julau yang turut menempatka­n klinik kesihatan, sekolah dan lima rumah panjang," jelasnya.

Selain itu, beliau turut berharap agar permasalah­an bekalan elektrik di DUN Meluan dapat diatasi dengan segera.

Dalam pada itu, beliau memohon agar Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan untuk membina sebuah pusat pengumpula­n hasil tani mini di DUN Meluan bagi menyokong aktiviti hiliran pertanian.

"Bagi tujuan ini, saya mencadangk­an agar kemudahan tersebut dibina di atas tanah terbiar milik Pusat Latihan Pertanian seluas 30 ekar," ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia