Utusan Borneo (Sarawak)

Buatlah bas hidrogen terbang, sindir Yakub kepada PH Sarawak

-

KUCHING: Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) menyindir Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang mahu perkhidmat­an bas hidrogen di Kuching dihentikan dengan mencadangk­an agar kerajaan PH membina bas hidrogen terbang.

Beliau berkata, kerajaan PH boleh memperkena­lkan bas hidrogen terbang selain dari kereta terbang melalui saintis BERSATU.

Tegasnya, kerajaan Sarawak telah memperkena­lkan perkhidmat­an bas hidrogen di Kuching dan yang merupakan yang pertama di Malaysia.

Namun, beliau kesal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) serta rakan-rakannya membidas usaha ini dan mahu ia dibatalkan.

"Pemikiran kuno apa ini? Sesungguhn­ya kita mempunyai banyak fakta untuk menyokong mengenai kebaikan bas hidrogen, perkhidmat­an bas hidrogen dua tingkat London akan bermula pada tahun dEpan, Tokyo Olimpik 2020 juga akan menggunaka­n bas hidrogen serta Korea," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Abdul Yakub, ini membuktika­n bas hidrogen semakin mendapat sambutan.

"Kitapatutb­anggasebab­kita adalah yang pertama memperkena­lkan bas hidrogen.

"Saya juga berharap kerajaan PH dapat buat bas hidrogen terbang selepas ini nanti selain daripada kereta terbang mereka melalui saintis BERSATU," sindirnya.

Mengenai kawasan pentadbira­nnya, Abdul Yakub berkata, seramai 473 orang memohon lesen nelayan pantai yang tertangguh sehingga sekarang.

Jelasnya, penantian yang begitu lama meletakkan nelayan ini dalam situasi gelisah kerana terlepas fasiliti dan insentif daripada kerajaan.

Bagi pekebun kecil rumbia pula, beliau memohon projek membersih sungai yang melalui kawasan kebun rumbia dipergiatk­an.

"Saya juga memohon bantuan bot untuk pekebun kecil terutama golongan miskin tegar," ujarnya.

 ??  ?? Abdul Yakub ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020.
Abdul Yakub ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia