Utusan Borneo (Sarawak)

164 unit RSP dibina di Kampung Sibuluh

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan membina 164 unit Rumah Spektra Permata (RSP) di Skim Penempatan Semula di Kampung Sibuluh yang terletak dalam konstituen­si Tasik Biru.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 2,500 unit RSP yang akan dibina di seluruh negeri.

“Projek ini akan mula dibangunka­n pada awal tahun depan untuk keperluan rakyat di Tasik Biru.

“Ini adalah realiti, bukan janji kosong daripada kerajaan negeri kepada rakyat, lebihlebih lagi di Tasik Biru,” katanya sebagai menjawab soalan Datuk Henry Harry Jinep (GPS-Tasik Biru) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Annuar berkata walaupun perumahan disenarai dalam Senarai Bersama, kerajaan negeri tetap mengambil inisiatif membina rumah-rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan rakyat negeri ini.

“Jika kita melihat pada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU lepas, mereka berjanji membina satu juta unit rumah dalam tempoh dua penggal maknanya 100,000 setahun.

“Bagaimanap­un, 1 Julai lepas Institute Democracy and Economic Affair mendedahka­n laporan kad PH, untuk tahun pertama, empat janji tidak realistik,” ujarnya.

Dr Annuar berkata kerajaan PH di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya mampu membina 3,528 rumah untuk tahun pertama pentadbira­n.

Selain itu katanya, KPKT telah membatalka­n projek RPR di Tabuan Melayu dan sejak itu sifar peruntukan disediakan bagi perumahan di Sarawak.

“Sebagai ganti, kerajaan negeri bersetuju membina 2,500 unit Rumah Spektra Permata di seluruh negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia