Utusan Borneo (Sarawak)

Di bawah Belanjawan 2020, kerajaan persekutua­n tidak sedia peruntukan bagi tujuan itu berbanding kerajaan terdahulu

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh mempersoal­kan peranan kerajaan persekutua­n dalam membantu menyelesai­kan masalah pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.

Menurut Miro, di bawah Belanjawan 2020, kerajaan persekutua­n tidak menyediaka­n sebarang peruntukan bagi tujuan tersebut berbanding kerajaan terdahulu.

Bahkan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju yang juga ADUNKriank­atanya,dengan bangganya memomokkan (menakut-nakutkan) dalam sidang parlimen bahawasany­a beliau tidak setuju dengan apa jua bentuk dana bagi tujuan tersebut.

“Bahkan dipersoalk­an tentang keperluan Seksyen 6 yang dijadikan polemik politik Pakatan Harapan (PH) Sarawak.

“Apakah sudah tidak wujud modal politik lain untuk dimainkan selain mendendang­kan Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan isu-isu kerajaan negeri merampas tanah.

“Jika betul-betul wujud dakwaan tersebut, saya mohon ADUN dari Krian tunjukkan bukti di mana dan berapa luas tanah yang telah dirampas kerajaan melalui Seksyen 6 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Menyentuh mengenai isuisu pengukuran tanah NCR di kawasan Serembu, Miro berkata tiga kampung telah menghantar permohonan untuk pengukuran di bawah Seksyen 18.

Kampung-kampung terbabit ialah Kampung Skio, Kampung Seropak dan Kampung Seromah dalam daerah Bau.

Justeru beliau memohon agar permohonan ketiga-tiga kampung ini dapat diluluskan untuk pengukuran pada

ADUN Serembu

tahun depan.

Ini katanya, termasuk kampung-kampung lain terutama di kawasan Bidayuh yang harus diberi perhatian sewajarnya untuk pengukuran di bawah Seksyen 6 mahupun Seskyen 18.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia