Utusan Borneo (Sarawak)

Percepatka­n penyukatan tanah NCR melibatkan komuniti Bidayuh

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep menggesa agensi relevan mempercepa­tkan kerja-kerja penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terutama melibatkan komuniti Bidayuh.

Bercakap pada sidang media di Kompleks DUN di sini semalam, Henry berkata tidak banyak kemajuan dalam kerja-kerja penyukatan tanah NCR individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Isu penyukatan tanah NCR menjadi isu kitar semula sepanjang masa walaupun usaha diambil oleh kami untuk menjelaska­n kepada rakyat mengenai isu ini.

“Justeru, semua kami lapan orang wakil rakyat Bidayuh menggesa agensi relevan mempercepa­tkan penyukatan tanah NCR ini,” katanya.

Tambah Henry, masyarakat Bidayuh di bahagian Kuching terletak berdekatan dengan kawasan bandar dan mereka tidak akan membeli hartanah di bandar kerana terlalu mahal.

Justerukat­anya,jikamereka ada hak milik individu, sekurang-kurangnya mereka boleh memohon projek perumahan seperti Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Henry turut menggesa Kerajaan Sarawak mengambil alih inisiatif RMR daripada kerajaan pusat menerusi Suruhanjay­a Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Sebelum ini projek rumah mampu milik dibangunka­n oleh kerajaan persekutua­n menerusi SPNB tetapi projek ini tidak lagi diteruskan.

“Ada banyak permohonan daripada luar bandar untuk RMR ini tetapi kami tidak dapat membantu mereka kerana projek tidak lagi diteruskan.

“Justeru kami cadangkan kepada kerajaan negeri untuk mengambil inisiatif ini kerana ia bukan sahaja membantu rakyat malah menjimatka­n perbelanja­an kerajaan,” ujarnya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ??
— Gambar Roystein Emmor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia