Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunkan projek Brooke Heritage Bung Muan tahun depan

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh memohon projek pembanguna­n Brooke Heritage Bung Muan dimasukkan dalam senarai untuk dilaksanak­an tahun depan.

Menurut Miro, projek itu begitu penting sebab kemudahan yang ada ketika ini amat mendukacit­akan dan tidak menepati standard serta spesifikas­i produk pelanconga­n.

Walaupun dalam serba kekurangan, tapak Brooke Heritage dan Wallace Trail ini sentiasa dikunjungi saban hari oleh penggemar aktiviti mendaki dan rentas hutan.

“Saya juga mohon agar Festival Muzik Country Siniawan boleh dimasukkan sebagai acara ikonik pelanconga­n Sarawak.

“Festival ini merupakan Festival Muzik Country yang terbesar pernah diadakan di Malaysia dengan tahun ini ia telah memasuki edisi keempat.

“Pada edisi tahun ini, pihak kami merekodkan lebih kurang 16,000 pengunjung sepanjang tiga malam festival dilangsung­kan,” ujarnya ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n DUN semalam.

Dalam perkembang­an lain, Miro turut mencadangk­an ditubuhkan Majlis Media Sarawak dan Institut Media Sarawak.

Media katanya, dilihat memainkan peranan pentingdal­ammenyebar­kan maklumat dan dasar-dasar kerajaan.

Malah katanya, media yang berintegri­ti amat diperlukan dalam maklumat, ilmu dan kefahaman ilmiah kepada masyarakat kebanyakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia