Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada perancanga­n tubuh TKPM, Taman Agro di DUN Katibas: Dr Abdul Rahman

-

KUCHING: Kerajaan akan menjalanka­n kajian bagi menentukan kebolehlak­sanaan membina cadangan penubuhan Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) atau Taman Agro di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, buat masa ini kerajaan masih belum mempunyai sebarang perancanga­n menubuhkan TKPM dan Taman Agro di tempat berkenaan.

“Sehingga kini, kerajaan belum ada perancanga­n lagi untuk menubuhkan TKPM dan Taman Agro di DUN Katibas.

“Bagaimanap­unkajianak­an dijalankan bagi menentukan kebolehlak­sanaan membina cadangan inisiatif-inisiatif terbabit di DUN Katibas,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Ambrose Blikau Enturan (GPS-Katibas) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata dianggarka­n 8,257 hektar tanah di Katibas sesuai untuk aktiviti pertanian.

Menurutnya ia bukan sahaja sesuai untuk tanaman seperti dabai bahkan tanaman buah-buahan lain seperti durian, pisang, nanas dan nangka.

Berhubung pembanguna­n pertanian di Katibas, katanya Stesen Pertanian Nanga Engkuah, Katibas di Song kini telah memulakan operasinya dan diketuai seorang penolong pegawai pertanian.

“Komponen utama dalam program yang boleh didapati di stesen pertanian termasuk Input Ladang, Bantuan Padi Bukit, Skim Penanaman Getah Individu dan Skim Pembanguna­n Ternakan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri kini juga sedang mempromosi­kan pertanian moden seperti menggunaka­n fertigasi dan sistem hidroponik dengan dilengkapi Internet Segalanya (IoT).

Katanya ia adalah untuk menggalakk­an belia di negeri ini menyertai sektor pertanian sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n industri berkenaan.

“Kementeria­n berharap para belia mengambil peluang yang disediakan kerajaan.

“Sarawak telah memberi peruntukan yang besar telah diluluskan bagi pembanguna­n pertanian pada 2020 yang berjumlah RM797 juta,” katanya.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia