Utusan Borneo (Sarawak)

Kekalkan tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu sebagai tempat anjur festival

-

KUCHING: Kerajaan diharap tidak membina bangunan, hotel dan kedai di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu bagi membolehka­n tempat itu terus menjadi tempat penganjura­n festival serta program.

Majang Renggi (GPS-Samalaju) berkata, tapak itu kini hanya tinggal 3.7 hektar sahaja di mana selebihnya telah dipenuhi dengan bangunan komersial atau sudah ada pemilik lain.

“Seharusnya tapak ini dilengkapi dengan kemudahan asas dan dijadikan sebuah dataran yang moden bertaraf antarabang­sa.

“Sejak tahun 2005, tempat ini telah dijadikan sebagai tapak Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo yang amat popular dan telah menghimpun­kan pelbagai pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya ketika berucap membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurut beliau, tapak itu juga sering kali dijadikan sebagai ruang niaga dan menjadi medan untuk mengetenga­hkan peralatan tradisiona­l dan keunikan seni serta budaya masyarakat tempatan khususnya apabila berlangsun­gnya sesuatu program mahupun festival yang diadakan.

Mengenai isu lain, beliau berharap sebuah pangkalan pengawal pantai Sarawak dicadang ditubuhkan di Kawasan Zon Perindustr­ian Kidurong atau Taman Perindustr­ian

Samalaju sebagai langkah keselamata­n serta pengawasan pesisiran pantai di Bintulu.

Majang berkata, penubuhan pangkalan berkenaan penting dan dilihat mampu melengkapi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin dalam tugas melindungi perairan Sarawak.

Katanya, pada masa kini kawasan pesisir pantai semakin dibangunka­n disebabkan faktor pertambaha­n penduduk untuk tujuan penempatan, bandar, perindustr­ian dan rekreasi.

“Pesisir pantai Bintulu dan Samalaju turut menerima keadaan serupa. Kawasan ini menempatka­n industri utama negara seperti yang berteraska­n minyak dan gas selain industri berat.

“Selain, ia juga memiliki dua pelabuhan laut dalam iaitu Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Industri Samalaju serta kaya dengan keindahan alam semula jadi serta kepelbagai­an hidupan marin,” katanya.

 ??  ?? MAJANG
MAJANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia