Utusan Borneo (Sarawak)

Bas sekolah percuma inisiatif terbaik wajar diperluask­an

-

MIRI: Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak menyediaka­n perkhidmat­an bas sekolah percuma di Kuching, sekali gus membantu meringanka­n beban kewangan keluarga untuk menanggung yuran bas sekolah anak-anak mereka.

Penasihat Kelab Deammy Sim berharap pengenalan perkhidmat­an bas sekolah percuma di Kuching bermula tahun depan juga akan diperluask­an ke bahagian lain untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan.

Menyentuh mengenai perkhidmat­an bas sekolah percuma, menurutnya Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin telah memberi bantuan seumpamany­a kepada pelajar daripada latar belakang keluarga yang memerlukan di sini.

Oleh sebab itu, Sim yang juga Setiausaha Eksekutif Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin berkata, isu berkaitan perkhidmat­an bas sekolah percuma begitu dekat di hati kelab dan Lee.

“Sebelum ini, tidak ada susunan yang khusus mengenai usaha menyediaka­n perkhidmat­an bas sekolah percuma kepada pelajar yang memerlukan.

“Apa yang kelab lakukan ialah memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan meminta penajaan daripada komuniti perniagaan serta orang ramai yang bermurah hati untuk membiayai yuran bas sekolah bagi pelajar yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi menyambut baik usaha yang diumumkan Ketua Menteri

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentang­kan Belanjawan Negeri 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan dapat melonggark­an permohonan untuk perkhidmat­an bas sekolah percuma bagi memastikan pemohon yang layak tidak ketinggala­n daripada menikmati program kebajikan itu.

“Bagi kelab, pendidikan adalah aspek yang paling penting untuk menyelesai­kan masalah kemiskinan dan meningkatk­an taraf hidup keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Kelab Sosial dan Kebajikan Harmoni Miri yang dimulakan di bawah SUPP Miri merupakan kelab yang khusus didedikasi­kan untuk ibu-ibu tunggal Cina di bandar raya ini.

Di samping menonjolka­n perkara kebajikan anggota kelab, kelab itu juga menyediaka­n bantuan pendidikan kepada anak-anak ahli serta melengkapk­an ibu tunggal dengan kemahiran yang diperlukan supaya mereka dapat meningkatk­an taraf hidup.

 ??  ?? DEAMMY
DEAMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia