Utusan Borneo (Sarawak)

Wujudkan semula CBG bantu graduan menganggur

Satu daripada lima graduan tiada pekerjaan, majoritiny­a pemegang ijazah pertama

-

KUCHING: Wujudkan semula program Pemerkasaa­n Siswazah (CBG) bagi membantu kira-kira 290,000 graduan yang tamat pengajian daripada institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta setiap tahun.

Safiee Ahmad (GPS-Daro) berkata, satu daripada setiap lima graduan masih tiada pekerjaan dan majoritiny­a adalah pemegang ijazah pertama.

“Ini menyumbang kepada 55 peratus jumlah dalam kalangan mereka yang tiada pekerjaan.

“Antara punca yang dikenal pasti sebagai penyebab adalah kerana tiada atau kurang pengalaman bekerja,” katanyaket­ikasesiper­bahasan Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam konteks ini, Safiee mencadangk­an agar program CBG dapat diwujudkan semula kerana ia dapat membantu golongan ini menimba pengalaman dalam sesuatu bidang pekerjaan.

Malah katanya, ia juga mampu membantu golongan itu dari segi sumber pendapatan termasuk membolehka­n mereka membayar balik hutang-hutang seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum mereka mendapat pekerjaan tetap.

Selain itu tegasnya, kerajaan perlu memberi lebih tumpuan dalam memperkasa ekonomi golongan belia

Ini menyumbang kepada 55 peratus jumlah dalam kalangan mereka yang tiada pekerjaan.

Safiee Ahmad

ke arah persediaaa­n dan merealisas­ikan dasar negeri Sarawak maju pada 2030.

Menurutnya,golonganbe­lia adalah komponen terbesar dari segi populasi negeri ini, namun mereka masih belum jelas ke mana arah tuju dan peranan mereka.

“Ramai mereka ingin melihat situasi ekonomi mereka terbela dan ingin memainkan peranan yang lebih luas dalam ekonomi.

“Justeru, peranan mereka amatsignif­ikan terutamany­a dalam pembanguna­n dan keterlibat­an mereka dalam era ekonomi digital,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar

ADUN Daro

perancanga­n ekonomi digital harus meliputi peningkata­n akses dan kelajuan Internet di kawasan luar bandar.

Katanya, ia bagi menggalakk­an ekonomi digital sekali gus mengelak penghijrah­an belia ke bandar.

“Program celik Internet dan e-usahawan bagi menggalakk­an penglibata­n belia dan masyarakat kampung haruslah digerakkan secara agresif,” ujarnya.

 ??  ?? BAHAS: Safiee ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020.
BAHAS: Safiee ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia