Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Daro dan Matu uzur, perlu perhatian segera kerajaan persekutua­n

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daro dan Matu kini berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi mampu menampung bilangan anggota polis yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Perkara itu ditegaskan Safiee Ahmad (GPS-Daro) ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

“Keadaan bangunan IPD Daro dan Matu yang sedia ada sekarang adalah sangat uzur dan tidak lagi sesuai untuk sebuah kawasan yang membangun seperti Daro dan Matu.

“Justeru, saya mencadangk­an agar kerajaan persekutua­n mengambil perhatian dan tindakan serta menyediaka­n dana untuk membina bangunan yang baharu untuk IPD Daro dan Matu,” tegasnya.

Dalam pada itu, Safiee berharap projek Rumah Mampu Milik (Perumahan Spektra Permata) dapat diperluask­an ke daerah Daro supaya kemudahan itu dapat dinikmati masyarakat luar bandar.

“Salah satu perkara yang diberi tumpuan dalam balanjawan baru-baru ini ialah menyediaka­n rumah mampu milik kepada rakyat khususnya bagi yang berpendapa­tan rendah.

“Sehubungan itu, saya berharap projek ini turut juga dibina di daerah Daro supaya kemudahan ini turut dirasai masyarakat di luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia