Utusan Borneo (Sarawak)

Perluaskan kursus dan IPT untuk diberi bantuan biasiswa, pinjaman pendidikan

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak disaran memperluas­kan lagi kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi diberikan bantuan biasiswa atau bantuan pinjaman pendidikan kepada anak Sarawak.

Perkara itu digesa Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong) ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau menambah, bantuan pendidikan itu juga perlu meliputi bahagian teknikal yang lebih luas lagi.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumunka­n peruntukan RM30 juta untuk membantu graduan Sarawak yang mengalami kesukaran menyelesai­kan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Jadi, saya juga ingin mencadangk­an selain daripada bantuan sebegini, kerajaan juga boleh melihat untuk melebarlua­skan lagi kursus-kursus dan IPT untuk diberikan bantuan biasiswa atau bantuan pinjaman pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazzrudin turut menggesa Kerajaan Sarawak membangunk­an applikasi ‘Sara-X’ melalui Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Jelasnya, ia adalah contoh terbaik kerajaan bagi melihat kepadacara-carabaharu­untuk membangunk­an usahawanus­ahawan teknikal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan dan memperluas­kan lagi CENTEXS dan PPKS yang membolehka­n belia-belia kita mempelajar­i kursus-kursus teknikal,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangk­an satu langkah atau inisiatif untuk mewujudkan Agensi Pembanguna­n Bandar Mampanuntu­kmerencana­kan pertumbuha­n ekonomi bandar raya ke arah bandar raya global.

 ??  ?? CADANG: Fazzrudin ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020.
CADANG: Fazzrudin ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia