Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir dan isteri terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif sempena Istiadat Konvokesye­n Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15 semalam.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah masing-masing menerima Penganuger­ahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan) dan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif) yang disampaika­n oleh Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa’ di Hashim di Akademi ASWARA di sini.

Penganuger­ahan itu sebagai penghargaa­n dan penghormat­an tinggi terhadap Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah di atas jasa dan pengorbana­n mereka dalam membangun serta melestarik­an bidang kesenian, kebudayaan dan warisan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelanconga­n,

Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Istiadat konvosyen itu menyaksika­n 171 graduan daripada tujuh fakulti menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Diploma manakala lima graduan daripada Pusat Pengajian Pasca Siswazah menerima Ijazah Sarjana Seni Kreatif dan Ijazah Doktor Falsafah Seni Kreatif.

ASWARA terdiri daripada Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Penulisan Kreatif dan Filem, Tari, Teater, Muzik, Animasi dan Multimedia dan Rekaan Komunikasi Visual.

ASWARA yan telah beroperasi selama 25 tahun merupakan institusi pengajian tinggi khusus dalam bidang seni yang menawarkan 28 program akademik di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Doktor Falsafah.

Kesemua program itu mendapat pengiktira­fan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia