Utusan Borneo (Sarawak)

HUAWEI Malaysia adakan bengkel pembelajar­an pengalaman untuk media

-

KUALA LUMPUR: HUAWEI Malaysia mengadakan bengkel pembelajar­an pengalaman untuk ahli-ahli media agar mereka dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai produk pintar terbaharu HUAWEI semalam.

Bengkel itu didedikasi­kan untuk mempamerka­n keupayaan produk inovatif dan penyelesai­an berprestas­i tinggi sama ada untuk kerja, gaya hidup cergas, fesyen dan pembaikan rumah pintar.

“HUAWEI mempunyai matlamat untuk membawa pengalaman hidup pintar kepada para pelanggan dalam membuat peralihan antara kerja, bermain atau rumah dan pejabat dengan sambungan lancar,” ujar satu kenyataan yang dikeluarka­n

HUAWEI semalam.

Menurut kenyataan itu juga, komitmen HUAWEI untuk membawa dunia yang bersambung sepenuhnya dalam ekosistem pintar dalam semua senario dapat disaksikan apabila ia memperkena­lkan pelbagai produk pintar baharu tahun ini di IFA Berlin 2019.

Produk-produk yang diperkenal­kan itu dipersemba­hkan kepada ahli-ahli media semasa bengkel diadakan semalam.

Ahli-ahli media juga diberi peluang untuk merasai pengalaman penuh bagi produk tersebut.

“Ianya bertujuan untuk memberi sokongan visual kepada ahli-ahli media untuk pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana produk Smart Life HUAWEI berfungsi dalam situasi kehidupan sebenar,” ujar kenyataan terbabit.

Tambah kenyataan itu juga, melalui HUAWEI Mate 30 Pro, pengguna boleh menggunaka­n HUAWEI One Tap Share dan kerja mereka menjadi lebih cekap dan mereka sekaligus mengamalka­n gaya hidup pintar.

Bagi pelanggan yang berminat akan Produk Pintar HUAWEI, ianya boleh didapati di seluruh negara bermula daripada 15 November depan.

Promosi khas akan diberikan kepada pelanggan apabila mereka membeli produk semasa pelancaran dilangsung­kan seluruh negara.

 ??  ?? PROMOSI KHAS: Produk Smart HUAWEI boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November.
PROMOSI KHAS: Produk Smart HUAWEI boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia