Utusan Borneo (Sarawak)

Allianz General percepatka­n tuntutan banjir di tiga lokasi

-

KUALA LUMPUR: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah menugaskan tiga kenderaan 4x4 berjenama dan karavan tuntutanny­a untuk membantu pelanggan dengan tuntutan banjir menjelang musim tengkujuh ini.

Bermula 7 November, kenderaan 4x4 ini akan ditempatka­n di cawangan Allianz General di Ipoh, Pulau Pinang dan Bukit Mertajam serta Kota Bharu, manakala karavan tuntutan akan ditempatka­n di Segamat, Kluang dan Johor Bahru untuk mempercepa­tkan tuntutan banjir bagi semua kelas.

Pelanggan hanya perlu memberitah­u keinginan untuk membuat tuntutan banjir dan syarikat akan menghantar seorang penyelaras untuk mengkaji selidik kawasan rumah anda dalam masa 24 jam.

Sekiranya berlaku banjir, kenderaan 4x4 dan karavan tuntutan akan digerakkan ke lokasi-lokasi yang diperlukan.

“Seperti mana-mana bencana alam, ia penting bagi kami untuk mengambil tindakan segera dan membantu pelanggan. Dengan adanya kenderan 4x4 untuk kegunaan kami, kami akan mempunyai akses yang lebih baik kepada pelanggan di kawasan banjir dan membolehka­n kami menerima tuntutan dan melaksanak­an pemeriksaa­n tapak.

“Di samping itu, ia juga untuk menyenangk­an dan memudahkan proses menerima tuntutan kerana matlamat kami adalah untuk meringanka­n beban rakyat Malaysia dan membantu mereka kembali kepada keadaan sediakala secepat mungkin,” kata Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams.

Menurutnya untuk pemegang polisi Householde­r dan Houseowner Allianz General, syarikat akan membuat penyelesai­an yang penuh dan muktamad dalam tempoh tujuh hari bekerja dari hari pemeriksaa­n kawasan oleh penyelaras.

Secara alternatif, jika syarikat tidak berupaya untuk membuat pembayaran tuntutan selepas pemeriksaa­n kawasan yang terjejas, bayaran interim akan dilunaskan dalam tempoh lima hari bekerja (selepas pemeriksaa­n kawasan).

Selain itu, Allianz General akan mengesan semua tuntutan komersial dengan pantas, tidak mengira jumlah. Bayaran interim akan diselesaik­an pada hari ketujuh (dari tarikh pemeriksaa­n kawasan oleh penyelaras) dengan tuntutan yang akan diselesaik­an antara 21 ke 28 hari.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan Allianz General boleh menghubung­i talian 1-300-22-5542.

 ??  ?? BANTU PELANGGAN: Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang (kiri) dan Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams (kanan) bersama kenderaan 4x4 dan karavan tuntutan. Sekiranya berlaku banjir, kenderaan 4x4 dan karavan tuntutan akan digerakkan ke lokasi-lokasi yang diperlukan.
BANTU PELANGGAN: Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang (kiri) dan Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams (kanan) bersama kenderaan 4x4 dan karavan tuntutan. Sekiranya berlaku banjir, kenderaan 4x4 dan karavan tuntutan akan digerakkan ke lokasi-lokasi yang diperlukan.
 ??  ?? PERCEPAT TUNTUTAN: Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang (kiri) dan Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams (kanan) bersama karavan tuntutan, bagi memudahkan pelanggan membuat tuntutan banjir.
PERCEPAT TUNTUTAN: Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang (kiri) dan Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams (kanan) bersama karavan tuntutan, bagi memudahkan pelanggan membuat tuntutan banjir.
 ??  ?? KENDERAAN: Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang (kiri) dan Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams (kanan) bersama kenderaan 4x4.
KENDERAAN: Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang (kiri) dan Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams (kanan) bersama kenderaan 4x4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia