Utusan Borneo (Sarawak)

SM Entertainm­ent meterai perjanjian dengan agensi pengurusan artis AS

-

pengurusan artis terbesar Korea Selatan, SM Entertainm­ent menjalin kerjasama dengan gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) untuk menyokong aktiviti artisnya, lapor agensi berita Yonhap.

SM Entertainm­ent yang artis naungan termasuk NCT 127, SuperM dan EXO telah memeterai perjanjian dengan Agensi Artis Kreatif (CAA) yang berpangkal­an di Amerika Syarikat pada 17 Oktober.

CAA adalah agensi pengurusan sukan dan hiburan terbesar di AS, mewakili Beyonce, Ariana Grande dan Mariah Carey.

Di bawah perjanjian itu, CAA dan SM Entertainm­ent akan bekerjasam­a mengenai persembaha­n, penampilan di televisyen dan promosi artis di Amerika Syarikat.

“Kami percaya SuperM dan NCT 127 akan terus menonjol di pasaran global bersama dengan CAA,” kata pengasas dan penerbit eksekutif SM Entertainm­ent, Lee Sooman. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? ARNOLD SCHWARZENE­GGER & LINDA HAMILTON
ARNOLD SCHWARZENE­GGER & LINDA HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia