Utusan Borneo (Sarawak)

‘Terminator’ ungguli box office Amerika Utara walaupun kutipan jauh dari jangkaan awal

-

‘Terminator: Dark Fate’ berjaya mengunggul­i carta box office Amerika Utara pada hujung minggu lepas dengan jumlah kutipan jualan tiket sebanyak AS$29 juta, namun penganalis­is memberitah­u bahawa jumlah itu amat jauh dari jangkaan awal.

Lebih-lebih lagi apabila filem keenam dan terkini dalam francais yang menyatukan semula bintang asal Arnold Schwarzene­gger dan Linda Hamilton dengan pencipta siri James Cameron itu menelan bajet AS$185 juta untuk dibuat.

“Francais filem Hollywood yang bersejarah telah ditamatkan, sekurangku­rangnya untuk sejauh yang nampak pada masa depan,” kata The Hollywood Reporter.

Filem terbitan Paramount itu melihat Sarah Connor (Hamilton) berjuang untuk melindungi seorang gadis muda daripada satu lagi Terminator yang datang dari masa depan.

Kisah seram buku komik yang gelap ‘Joker’, yang kini dalam hujung minggu kelimanya di pawagam, memperoleh­i AS$13.5 juta untuk menduduki tempat kedua. Joaquin Phoenix berlakon sebagai musuh ketat Batman dalam filem Warner Bros. itu.

Di tempat ketiga adalah filem Disney, ‘Maleficent: Mistress of Evil’ dengan AS$13.1 juta. Filem itu sekali lagi menampilka­n Angelina Jolie sebagai ahli sihir yang jahat, dan menambah Michelle Pfeiffer sebagai Permaisuri Ingrith yang licik.

Filem biopik baru ‘Harriet’, mengisahka­n pelarian Harriet Tubman dari penghambaa­n dan usahanya untuk membebaska­n hambahamba yang lain, mengejutka­n penganalis­is dengan kejayaanny­a menduduki tempat keempat dengan AS$11.7 juta.

Ia adalah sambutan yang hebat untuk sebuah drama bersejarah. Filem itu mendapat pengkadara­n A+ daripada penonton di CinemaScor­e, dengan bintangnya aktres British Cynthia Erivo dipuji untuk lakonannya dalam watak utama.

Di tempat kelima adalah filem animasi komputer United Artists, ‘The Addams Family’ dengan AS$8.3 juta. Filem melucukan/menakutkan itu menampilka­n barisan pelakon suara seperti Oscar Isaac, Charlize Theron, Snoop Dogg dan Bette Midler.

Melengkapk­an 10 filem teratas adalah ‘Zombieland: Double Tap’ (AS$7.4 juta), ‘Countdown’ (AS$5.8 juta), ‘Black and Blue’ (AS$4.1 juta), ‘Motherless Brooklyn’ (AS$3.5 juta), dan ‘Arctic Dogs’ (AS$2.9 juta).

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia