Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan Negeri 2020 ketepi retorik politik

-

MIRI: Belanjawan Negeri 2020 yang dibentangk­an di Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Isnin lalu mencermink­an pemahaman dan kepekaan tinggi dengan meletakkan keperluan Sarawak di tangga teratas dan mengetepik­an retorik politik.

Pakar pediatrik yang juga Naib Presiden Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) Dr Philip Raja menganggap Belanjawan Negeri 2020 adalah pendekatan menyeluruh dan holistik yang disesuaika­n dengan keperluan Sarawak.

Katanya, belanjawan itu turut mencermink­an Ketua Menteri sebagai seorang pemimpin yang memahami keperluan rakyat Sarawak dan mengotakan janjinya untuk memenuhi aspirasi rakyat bagi memajukan negeri ini.

Beliau memberitah­u, ia bertentang­an dengan pernyataan yang kurang menyenangk­an daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Parlimen pada 29 Oktober lalu.

“Salah seorang menteri persekutua­n mengatakan peruntukan RM350 juta adalah ‘hadiah’ untuk rakyat Sarawak, jika saya (pemimpin), saya lebih suka meminta beliau menyimpan wang hadiah itu tetapi memberikan cukai jualan petroleum Sarawak sebanyak RM2 bilion kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Dr Maszlee memberitah­u, kementeria­nnya telah meluluskan RM350 juta sebagai ‘hadiah’ kepada Sarawak untuk membaiki sekolah daif dan usang di negeri ini, sekali gus membangkit­kan rasa tidak puas hati beberapa ahli parlimen pembangkan­g termasuk Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang menuntut menteri itu menarik balik perkataann­ya yang bersifat menghina.

Sarawak diperuntuk­kan RM4.5 bilion daripada RM56 bilion Belanjawan 2020 negara yang dibentangk­an di Parlimen oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng bulan lepas.

Manakala Abang Johari yang juga Menteri Kewangan Negeri membentang­kan belanjawan RM9.89 bilion sebulan kemudian, pada 4 November, dengan RM6.598 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n yang hampir dua kali ganda daripada perbelanja­an mengurus.

Dr Raja berkata, langkah berani yang diambil Ketua Menteri dengan belanjawan pembanguna­n untuk tahun depan adalah mengotakan janji dalam memenuhi aspirasi rakyat Sarawak.

Katanya Ketua Menteri telah melakukan segalanya untuk Sarawak dan rakyat negeri ini dan meneruskan usaha menuntut cukai jualan yang belum dibayar Petronas.

“Ini akan membolehka­n kerajaan membelanja­kan wang itu untuk memperbaik­i infrastruk­tur luar bandar yang amat diperlukan seperti yang digariskan Ketua Menteri semasa membentang­kan belanjawan pembanguna­n dan pembanguna­n luar bandar.

Dr Raja yang merupakan salah seorang doktor yang terawal daripada suku kaum Kelabit dan pakar pediatrik dari tanah tinggi Bario, mengalu-alukan keputusan untuk memperuntu­kkan dana bagi meningkatk­an tahap pendidikan di negeri ini, kesihatan kanak-kanak (RM1,000 bagi setiap bayi yang baru lahir) dan ibu mengandung (RM450).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia